MH tahu diejek dengan panggilan gemuk bukanlah sesuatu yang menyeronokkan namun jika mentaliti kita kuat, ejekan tersebut boleh bertukar menjadi pembakar semangat untuk tampil lebih cantik dan bergaya!
Itulah yang terjadi kepada penyanyi Ieda Moin yang berusaha menepis segala kata negatif mengenai penampilannya.
Melalui sebuah akhbar online, MH difahamkan Ieda berjaya menurunkan berat badan daripada 64 kilogram ke 55 kilogram dengan hanya mengamalkan diet pemakanan yang sihat.
Tip:
Okay tak nak cakap panjang lebar, korang tengok sendiri perubahan Ieda yang memang superb dengan rambut gaya boyish look!