Pencinta dunia hiburan Bollywood tentunya sedia tahu mengenai hubungan cinta yang terjalin di antara aktor kacak, Ranveer Singh bersama bintang cantik Bollywood yang turut mencipta nama di Hollywood, Deepika Padukone.

Meski hubungan mereka tidaklah dicanang keduanya, namun baru-baru ini pasangan sama cantik sama padan ini membuat pengumuman mereka bakal mendirikan rumah tangga hujung tahun ini.

[GAMBAR] Pasangan Paling Romantis India, Ranveer-Deepika Bakal Disatukan Hujung Tahun Ini, Diraikan Dalam Elemen Tradisi

Lalu apabila berita tersebut mulai diketahui peminat, rata-ratanya membuat spekulasi. Ada yang memberi tanggapan bahawa mereka mendapat desakan untuk berkahwin daripada kedua orang tua.

IKLAN

Tidak kurang, ada juga yang berteka-teki mereka sebenarnya sudah pun disatukan menerusi sebuah majlis tertutup di Sri Lanka. Bagaimanapun, gosip tersebut terusan dinafikan wakil media mereka.

[GAMBAR] Pasangan Paling Romantis India, Ranveer-Deepika Bakal Disatukan Hujung Tahun Ini, Diraikan Dalam Elemen Tradisi

IKLAN

Apa yang pasti, perkahwinan dua bintang besar ini pastinya menjadi antara momen paling diingati di India. Difahamkan, perkahwinan mereka tidak akan dilangsungkan di dalam suasana moden, tetapi sarat dengan adat dan budaya tradisional India. Lovenya!

IKLAN

[GAMBAR] Pasangan Paling Romantis India, Ranveer-Deepika Bakal Disatukan Hujung Tahun Ini, Diraikan Dalam Elemen Tradisi

[GAMBAR] Pasangan Paling Romantis India, Ranveer-Deepika Bakal Disatukan Hujung Tahun Ini, Diraikan Dalam Elemen Tradisi

https://www.youtube.com/watch?v=qXwRLH8AfBI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI