Instafamous, Nisa Kay berkongsi pengalaman dalam mengupas topik ‘Pemandu Lori Sampah Wanita’.
Kupasan yang dibuat merupakan salah satu ‘task’ menerusi Pencarian Hos Mingguan Wanita.
Diberi peluang memandu sendiri lori sampah, ulasnya, tiada apa yang perlu dimalukan dengan kerjaya ini.
“This will be one of the most unforgettable experience ever. My first time rasanya buat liputan dan kupasan untuk topik berkaitan dengan wanita, siap cuba bawak lori lagi!!! Sesungguhnya saya belajar banyak benda. .
“Terima kasih yang teramat sangat kepada team yang bersama-sama dengan Nisa ke Sungai Petani, Kedah untuk tugasan “Pemandu Lori Sampah Wanita” – @f_husnaa @miohatta@rakin.syazwan & Paan (yeke dia takde insta ?). I learnt a lottt!! Terima kasih di atas segala guideline dan tunjuk ajar. Terima kasih kerana cuba mendapatkan shot menarik dan yang terbaik walau di bawah panas lit lit. Terima kasih di atas kesabaran anda semua dengan Nisa. Nisa harap Nisa dah lakukan yang terbaik.
“Kepada team Mingguan Wanita secara keseluruhannya, kalian memang the best! Tak dapat nak sebut satu-satu, but you guys know who you are ? tq so much abg @boyfareedsharif di atas kerjasama dan panduan. Bertemu kita sekali lagi ya.. semoga ada rezeki bertemu & bekerjasama sekali lagi. Kepada pihak @envidaman Sg Petani, dan Puan Aini.. Nisa sangat sangat berterima kasih di atas kerjasama setiap daripada anda.”
Menurut Instafamous ini, nasib tidak menyebelahinya kerana tidak mampu melakukan yang terbaik sewaktu tugasan di studio.
“However, I am truly, and very very sorry I did not do well during the live studio task. I take all the blame, all the weaknesses on me. It is difficult to explain what went wrong with me at that time. But it’s okay.. moga ada rezeki Nisa di kesempatan yang lain. Bagi sesiapa yang bakal menang pencarian hos ini, you deserve it and I am proud for each girls ❤ .
“Saksikan kemuncak Pencarian Hos Mingguan Wanita pada 28 Mac ini, Khamis di saluran Astro Prima jam 12 tengahari!”
Hari ini genap setahun ulang tahun perkahwinan Nonny Nadirah bersama dengan bekas suaminya, Mohamed Mustain Mohamed Adnan.
Meski usia perkahwinan mereka tidak sampai setahun lalu terputus di tengah jalan, Nonny memuat naik sepotong video yang memaparkan memorinya selepas selesai majlis akad nikah.
“My life may not be going the way i planned it, but it is going exactly the way Allah planned it.
Bersangka baik kpd Allah s.w.t..
“Terima kasih Ma kerana ada dengan saya..
Terima kasih Ma utk semuanya.
“Dia seorang yang baik..
Saya doakan walau dimana jua awak berada, awak sentiasa dalam keadaan bahagia dan sentiasa okay..
“Saya doakan awak agar mendekati Allah dan semoga awak berada dalam hati yang tenang.
Saya doakan awak agar sentiasa dilindungi Allah..
“Semoga Allah beri kita kekuatan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Insyallah,” tulis Nonny.
Bagaimanapun, Nonny telah menutup ruangan komen posting berkenaan.
Untuk rekod, Nonny dan Mustain yang juga seorang penolong penerbit Media Prima Berhad (MPB) bernikah pada 18 Mac tahun lalu di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah.
Bagaimanapun, perkahwinan yang dibina tidak tahan lama apabila mereka bercerai pada awal bulan ini.
Video : IG Nonny Nadirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi ‘gerakan rahsia’ membetulkan hijab ketika sesi fotoshoot, Yana Samsudin menerusi laman Instagram menulis ragam yang sering dilakukan setiap kali ingin memperbaiki gaya tudungnya.
Ulas Yana, dia akan mengerutkan wajah supaya anak tudung dan tudung selesa di kepala.
“Satu je nak bagitau, ni adalah jurus gerakan yang #KakYong dapat setelah pakai tudung.
“Korang sama tak? Hahahahaaaaaa
“Kenapa KakYong gelak besar korang faham lah… tu jurus gerakan kepala nak bagi anak tudung dan tudung selesa di kepala dan dahi!
“Kerut kerut , ada orang tu sampai gerak gerak kening, tiup tiup owning. Kahkahakah.”
Malah, dia menambah, untuk mempelajari tabiat diri, digalakkan untuk bertanya kepada rakan sekeliling, rakam perbuatan tersebut dan lihat untuk mengawal supaya tidak kelihatan menjengkelkan.
“Ok kalau nak tahu habbit kita:
“1.tanya orang yang selalu dengan kita apa habbit kita yang selalu kita buat? Dan perkara itu ok ke idak di mata mereka.
“2.Minta orang paling rapat dengan kita ambik video kita masa kita tengah buat habbit tu. Then tengok sendiri! Part ni paling lah hahaha. Nanti korang akan nampak macam macam gelagat.
“3. Kalau korang rasa ianya menjengkel kan, belajar kawal jangan buat lagi. . SEMOGA BERJAYA !!!”
Program yang paling dinanti-nantikan setiap kali menjelang Syawal, Bombastika Raya 2026 kembali menemui penonton tahun ini dengan konsep yang lebih segar, meriah dan penuh warna-warni.