[GAMBAR] ‘Nasi Lemak 50 Sen’, Ini Respon Alicia Amin

Share

Model dan pelakon, Alicia Amin memiliki fizikal yang menarik kerana tubuhnya yang langsing, sesuai dengan ketinggiannya itu.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya dia cukup aktif dalam dunia peragaan. 

Bagaimanapun, dalam ramai yang memuji ketinggian gadis berkenaan, ada juga yang mempersoalkan saiz dadanya yang dikatakan agak kecil. 

Lalu, bintang muda itu yang pernah berlakon dalam drama Alamatnya Cinta itu telah tampil bersuara terhadap isu tersebut. 

“Me every time someone comments ‘nasi lemak 50sen’ on my photos,” tulis Alicia. 

Gambar tersebut melihatkan Alicia sedang memegang dua bungkus nasi lemak dan meletakkan makanan itu di bahagian dadanya. 

Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap gambar tersebut. 

Foto : Instagram Alicia Amin 

IKLAN