[GAMBAR] “Nak Tag Kat Tangan Tu Buat Kenangan,” – Kongsi Perbualan Sama Peminat Di Hospital, Nonny Nadhirah Memang Cool!

Share

Berita mengejutkan mengenai pelakon Nonny Nadhirah apabila dia dikhabarkan tidak sihat baru-baru ini.

Bagaimanapun, baru-baru ini bintang kelahiran Akademi Fantasia itu telah dicharged dan berkongsi pengalamannya sepanjang di hospital.

“Masa adik ni masuk wad sy ajak di borak. Tanya dia kena admit sbb apa and semua benda lah .. pastu mmbr2 dia pun sampi. X lama kemudian dia tanya sy, akak nama siapa? Sy pun jwb “nama akk Nonny.. dia pun sambung “Nadhirah?!” ah betullah tu ..

Kak nonny dia xperasan siapa sy sbb dia x pakai spec rabun dia dan muka org sakit siapa nk perasan kan.. sy pun ckp lps ni jom selfie..,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nonny juga turut berkongsi detik yang mencuit hati ketika kejadian di hospital. 

“Part paling kelakar, dorg ckp “kakak nak tag nama kat tangan tu nak buat kenangan”. Terima kasih adik buat akk tersenyum smpi hilang rasa sakit kat badan,” kongsi Nonny. 

Dalam pada itu menerusi Stories Instagrammya pula,Nonny berterima kasih kepada mereka yang telah mendoakan kesihatannya itu. 

Foto: IG Nonny Nadhirah 

IKLAN