[GAMBAR] “Nak Mengorat Boleh,”- Foto Ariff Aziz Dihujani Komen Nakal, Ramai Mahu Masuk ‘Line’!

Share

Hangat diperkatakan sejak lewat petang semalam apabila pelakon Ariff Aziz dan penerbit drama, Datuk A.Aida mengumumkan penceraian dengan talak satu.

Malah, A.Aida turut mendedahkan status bekas suaminya sebagai duda tiga hari sebelum mereka keduanya bernikah.

Jelas wanita berusia 49 tahun itu seperti yang dilaporkan media, meski terkejut akan status berkenaan (duda) pada awalnya, namun dia dapat menerima berita itu tanpa emosi.

Sementara itu, di Instagram Ariff pula, dilihat gambar yang dikongsikannya itu dihujani komen ‘nakal’ netizen khususnya kaum Hawa.

Dalam pada itu, A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang mengesahkan dia sudah bercerai dengan Ariff,30 tahun sejak 25 April lalu.

Untuk rekod, mereka  diijabkabulkan dengan dua kali lafaz pada 21 Julai 2018 dalam satu majlis di Hotel Dorsett Grand di Subang Jaya, Selangor.

Foto : Instagram Ariff Aziz

IKLAN