[GAMBAR] Mungkin Ramai Tak Tahu, Tapi Inilah Dia Nama Sebenar Penyanyi Muda Kita

Share

Tidak dinafikan, ada di antara nama komersial sesetengah artis muda kita jauh benar bezanya dengan nama sebenar mereka.

Jadi, kali ini MH dedahkan nama sebenar beberapa barisan penyanyi penyanyi muda kita yang kian meningkat naik namanya dalam bidang seni. Check it out! 

Dalam ramai-ramai ni, korang paling minat pada siapa?

Ismail Izzani – Ismail Izzani Zainal Nazeri

Baru mencecah usia 22 tahun, bintang muda berbakat besar ini merupakan anak kepada artis senior, Datin Suliza Salam.

Haqiem Rusly – Ridzuan Haqiem Rusli

Cukup sinonim dengan imejnya yang berkaca mata hitam. Kian melakar jaya dalam dunia seni, anak muda kelahiran Selangor ini telah merangkul banyak anugerah sepanjang bergelar anak seni sejak kecil lagi.

Naim Daniel – Muhamad Naim Daniel Baharin

Lagu Sumpah nyata memberi ruang serta rezeki buatnya dalam dunia seni lokal. Pencapaian terbesarnya setakat ini? Sudah tentu juara utama di Anugerah Juara Lagu ke-34 lalu!

Ariff Bahran – Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari

Pernah membuat pendedahan mengenai dirinya yang putus cinta tahun lalu, Ariff Bahran kini hanya mahu fokus dalam dunia seni.

Fieya Julia  – Nur Syafiyah Sejali

Bintang muda asal Sarawak, Fieya Julia cukup popular menerusi single Perasaanku. Turut bersaing menerusi program Big Stage musim kedua. Fieya baru berusia 22 tahun.

Masya Masyitah – Siti Nur Masyitah Yusoff

Tahun lalu, bintang ini mendapat penghargaan sebagai Artis Baharu Paling Berpotensi pada acara Anugerah Muzik Asia di Shenzhen, China. Masya baru menginjak usia 21 tahun.

As’ad Motawh – As’ad Ahmad Muhammad Motawh

Mula dikenali menerusi lagu Senyum, As’ad mengakui menjadikan Michael Jackson dan Justin Bieber sebagai idolanya. Dia kini mengumpul lebih sejuta juta followers di Instagram.

Foto: Instagram selebriti

IKLAN