[GAMBAR] Meski Hamil 7 Bulan, Mawar Rashid & Suami Makan Angin Ke Bali. Ini Foto-Foto Menariknya!

Share

Pada Februari lalu, pelakon Mawar Rashid dan suami, Raf Yaakob telah terbang ke Bali, Indonesia untuk isi masa bersama.

Namun, kali ini ia lebih bermakna apabila pemergiaan mereka bersama ‘orang ketiga’, sebab Mawar kini sedang berbadan dua.

Lalu, pasangan selebriti ini telah berkongsi beberapa keping gambar di akaun Instagram masing-masing.

Dalam kesempatan itu juga, Raf telah membalas komen menerusi gambar yang dimuat naik Mawar apabila merancang untuk bercuti bersama keluarga pula.

 “2019 bawak our baby,2020 bawak Rayyan and Chanela. Perfect!,” balas Raf. 

Lalu, netizen memberi komen yang pelbagai dan mendoakan kebahagaian mereka berdua.

Untuk rekod, kedua-dua pasangan itu diijabkabulkan pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 500 tetamu.

Foto : Instagram Mawar Rashid, Raf Yaakob

IKLAN