[GAMBAR] Masih Trending, Ini 12 Fesyen Yang Digayakan Artis Kita Di AME2020, Mana Satu Paling Fans Suka?

Share

Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) yang bersiaran berlangsung pada Ahad lalu dari Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Astro Ria dan Ria sudah pun melabuhkan tirainya.

Haqiem Rusli dan Siti Nordiana telah dinobatkan sebagai pemenang kategori utama Top Top MeleTOP Era 2020 bagi kategori lelaki dan wanita.

Selain itu, Siti Nordiana turut memenangi Anugerah Top Top MeleTOP Grup/Duo bersama Khai Bahar menerusi acara anugerah tahunan yang bertemakan Yang Legend, Yang Lit itu.

Pelbagai kejutan diterima peminat tahun ini dan barisan para pemenangnya juga tidak kurang hebatnya.

Tahniah diucapkan mereka dan tidak dinafikan, setiap calon lain yang tersenarai mempunyai kelompok peminat tersendiri.

Malah pastinya selain penerima trofi, persalinan gaya artis yang hadir juga diperkatakan dan tidak kurang hebatnya.

Masih lagi menjadi bualan ramai, MH berikan 12 gaya selebriti kita yang melalui karpet merah AME tahun ini.

Agaknya, mana satu yang menarik perhatian kalian ya? 

Ben Amir

Pelakon yang berjaya memenangi trofi Pelakon MeleTOP menerusi drama Sweet Dreams ini tampil menggayakan kemeja corak abstrak dari jenama mewah, Louis Vuitton, lengkap dengan beg silang daripada label sama. Handsome kan?

Hun Haqeem & Meerqeen

Dua bintang muda yang mulai mencuri perhatian peminat menerusi drama rantaian, Angkara Cinta ini tampil segak di karpet merah AME2020 pada Ahad. Hun tampil bersama persalinan hasil gayaan stylist, Ewan Jade dan Zulvanny sementara Meerqeen pula mengenakan persalinan Dior.

Siti Nordiana

Penyanyi dan pelakon yang menang besar di AME2020 ini tampil bersama busaan perincian labuci dari bahagian bahu sehingga ke lengan, rekaan indah daripada Lumiere Concept. Katanya menerusi Instagram, label ini tidak pernah gagal membuatkan dirinya tampak cantik!

Iman Troye

Disolek oleh Datuk Alha Alfa, penyanyi muda yang mula meniti populariti menerusi single Teman ini tampil pertama kali di AME2020 dengan menggayakan persalinan kembang di kedua-dua bahagian lengannya dari jenama Kree.

Michael Ang

Pengarah dan penerbt ini tampil tersendiri menerusi ‘hoodie bagggie’ daripada jenama Christian Dior lengkap bersama seluar potongan bermuda dari Behati, ilham stailist, Abuhaef Hamza.

Cik B

Mengundang perhatian, persalinan metalik dari figura yang baru berusia 15 tahun ini cukup mencuri perhatian. Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida seperti biasa, setia bersama beg silang menerusi apa sahaja persalinan yang dipakai. Kali ini, beg hijau muda itu daripada jenama Fendi ya!

Nabila Razali

Kekal ayu, penyanyi Peluang Kedua ini mengenakan persalinan dwi-rona putih dan perak ilham jenama Kree.

Raja Syahiran & Uyaina Arshad

Pasangan kekasih yang hadir bersama di acara anugerah tahunan itu tampil masing-masing tampil dengan mood berbeza. Syahiran segak mengenakan sut sementara Uyaina pula cantik dengan persalinan gaun kembang Khoon Hooi.

Wany Hasrita 

Persalinan Wany daripada Amaze ditatarias oleh Tym Fatimah, sopan tetapi elegan bukan?

Janna Nick

Mencuri perhatian, Janna tampak ‘sweet’ dengan persalinan daripada pereka fesyen, WanPa.

Foto: Astro

IKLAN