[GAMBAR] Mahir Melukis, Hasil Seni Ebby Yus Akan Terpamer Di Galeri, Hebat!

Share

Bukan sahaja berbakat dalam bidang melawak, malah pelakon senior, Ebby Yus juga berbakat dalam bidang melukis.

Ebby atau nama penuhnya Muhammad Yunus Abdul Rashid sering berkongsi hasil kreativitinya di Instagram.

Lebih menarik, apabila kesemua hasil lukisannya akan dipamerkan di Galeri Shah Alam pada Rabu depan.

“Alhamdulilah ,dengan izin allah,selesai lah sudah sebuah lukisan yg x seberapa ini,yg akan di pamirkan di gelari shah alam,bermula 9 Julai ini,” tulisnya sambil bergambar dengan hasil seninya itu.

Lalu, hasil seninya itu telah mendapat pujian ramai.

Terdahulu, Ebby mengalami masalah buah pinggang bocor dan jantungnya kembali lemah pada awal tahun ini.

Malah, Ebby juga tidak berupaya untuk bekerja kerana tidak memiliki kudrat.

Foto : Instagram Ebby Yus

IKLAN