[GAMBAR] “Macam Kareena Kapoor!”- Kecantikan Asli Adik Fasha Sandha, Elisya Sandha Dipuji, Bak Bintang Bollywood!

Share

Namanya mungkin tidak bersinar seperti kakaknya, Fasha Sandha, namun Elisya Sandha  sering  mendapat perhatian ramai dek rupa parasnya yang cantik dan jelita.

Merupakan pendatang baru dalam industri hiburan, bintang berusia 19 tahun itu pernah menghiasi kaca televisyen menerusi drama dengan hanya memegang watak sampingan sahaja.

Antara drama yang pernah diterajuinya seperti Hai Lah Menantu, Aku Mahu Ke New York, Bila ChaCha Masuk Asrama dan banyak lagi.

Jadi, jom MH belanja antara gambar Elisya yang sentiasa on point dan vogue. Cantiknya!

Figura cantik itu juga merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik.

Memiliki setengah juta pengikut di Instagram, Elisya juga kerap berkongsi gambar di Instagramnya.

Foto : Instagram Elisya Sandha

IKLAN