[GAMBAR] Lengkap Berbaju Tradisional Melayu, Nora Danish Persis Wanita Melayu Terakhir!

Share

Pelakon jelita, Nora Danish ada memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Bintang drama bersiri Puteri itu telah berkongsi gambar ketika dia memakai baju kurung tradisional melayu serba lengkap.

Difahamkan, Nora memakai pakaian sedemikian bagi mengikuti tema mingguan untuk program Muzikal Lawak Superstar.

Lalu, perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata ini menjadi perhatian peminat.

Rata-rata peminat memuji kecantikan Nora yang persis wanita melayu terakhir.

Sekadar informasi, Nora merupakan salah seorang juri untuk program Muzikal Lawak Superstar yang ditayangkan di Astro Warna dan Warna HD.

Foto : Instagram Nora Danish

IKLAN