Bintang media sosial, Muhammad Syahmi Sazli bersyukur dan tidak sangka apabila dianugerahkan trofi ‘Youtube Gold play Button’ selepas berjaya meraih jumlah ‘subscribers’ sebanyak 1 juta.
Malah, perkara itu disahkan oleh pihak ibu pejabat Google dari United Kingdom terhadap akuan YouTube milik lelaki berusia 24 tahun itu.
“Alhamdulillah dah sampai #youtubegoldplaybutton. Terima kasih buat semua yg pernah, masih dan sentiasa ada dengan mi selama 3 tahun ni.
“Terima kasih buat semua yg tak putus putus support kami @syahmisazliproduction.
“Dan kepada yg pernah mendoakan kejayaan mi, jangan risau.
“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama” [HR Muslim],”tulis pemuda berusia 24 tahun itu.
Selain Syahmi, kolaborasi menjayakan setiap video yang mencetuskan fenomena itu ialah hasil kerjasama bersama sepupunya, Muhammad Asyiff Suhaimi, 17, atau Asif serta rakan, Muhammad Ashrul Hakim Lukman, 21, atau dikenali Yoe Parey.
Mereka mulai dikenali menerusi drama spontan yang mempunyai pelbagai episod yang berbeza.
Menggunakan dialog spontan dalam dialek Kelantan, video tersebut memberi kelainan seterusnya mencipta sensasi di media sosial.
Biarpun bekerja dengan dua rakan ‘istimewa’ namun Syahmi menganggap ia sebagai salah satu tugas yang menyeronokkan.
Menerusi Sinar Harian, dia pada awalnya tak percaya akan meraih trofi tersebut.
“Pada mulanya tak percaya saya berjaya memenangi trofi tersebut. Namun rasa bersyukur sangat sebab trofi ini memang menjadi idaman setiap ‘YouTuber’ atau ‘video creator’.
“Alhamdulillah ia hasil titik peluh selama tiga tahun, apa yang dilakukan adalah untuk semua penyokong kami,” ujar Syahmi seperti yang dipetik.
Foto : Instgaram Syahm
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri menerima kritikan netizen gara-gara temubualnya bersama rakan usahawan, Nur Sajat yang dikatakan keterlaluan hingga menyentuh nama individu.
Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan usahawan berusia 32 tahun itu telah mempermainkan nama pelakon senior, Wan Maimunah.
Oleh itu, penyanyi yang terkenal dengan Bobo Di Mana ini telah tampil memberikan penjelasan dan sekaligus memohon maaf secara terbuka kepada aktres senior berkenaan.
“Saya nak ucapkan mohon maaf kepada Mama, saya tak nak komen pasal benda ni. Saya secara kebetulan sebab waktu itu ada blogger menyuruh saya buat perkataan perkataan seperti itu dan saya ikut skrip.
“Saya tak sangka benda ni jadi viral sebab kami pun dah padam jadi saya minta maaf kepada Mama Wan Maimunah. Saya tak sangka benda ini menyentuh sensitiviti Mama saya tahu salah saya.
“Ketika itu saya menjadi hos untuk sebuah program blog dan saya tak salahkan blog itu. Jadi bila dia datang pada saya dan bayar saya untuk buat content tu.
“Saya tak sangka isu ini menjadi satu isu yang berat dan saya mengaku kesalahan saya.
“Saya tak nak mengulas panjang mengenai perkara ini jadi saya mohon maaf kepada mama Wan Maimunah, saya janji saya tak akan mengulangi lagi, saya mohon ampun,” kata Aliff kepada MH.
Pengacara popular, Sherry Al Hadad memuat naik foto arwah datuknya, Syed Ali Al Hadad bersebelahan dengan arwah bapa, Syed Abdullah Al Hadad di Instagramnya.
Sambil mengimbau kenangan bersama arwah datuk dan bapanya, kapsyen yang dibuat hos The Sherry Show ini nyata mengesankan.
“Salam Jumaat semua. Arwah atok saya sebelah kiri, Syed Ali Al Hadad dan arwah abah saya sebelah kanan Syed Abdullah Al Hadad.
“Saya tak pernah jumpa arwah atok kerana dia meninggal dunia setahun selepas saya lahir. Arwah abah pula saya meninggal masa saya umur 9 tahun.
“Masa kecik dulu, saya lah peneman setia arwah abah. Orang akan tegur abah dan tanya “cucu ke Tuan Syed?” “Takklah anak bongsu”,” kongsi Sherry.
Malah, Sherry menjelaskan namanya adalah inspirasi dari arwah bapanya yang gemar akan lagu Cheri Cheri Lady nyanyian kumpulan Modern Talking (1985).
“Nama Sherry pun abah yang bagi sebab dapat dari lagu Modern Talking- Cerry Cerry Lady. Btw abah, dont worry kalau anak abah ni tak kahwin lagi. Dia happy hidup ngan umi n adik beradik yang lain. Eh cucu abah pun dah ramai tau. Cicit pun dah ada.
“Agituewwww. I love u lah Abah. Semoga roh abah dan roh atok di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Al Fatihah,” kongsi Sheery sambil disertakan foto kenangan hitam-putih.
Lalu, rakan selebriti telah meninggalkan komen terhadap perkongsian foto dan kaspyen yang dinukil Sherry.
Dalam perkembangan lain, Sherry atau nama penuhnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad menggalas tugas sebagai pengacara Big Stage 2019 di samping Alif Satar pada Ahad ini jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.