Syatilla Melvin yang baru sahaja melahirkan anak keduanya hampir seminggu lalu ada berkongsi sekeping foto bersama dua doktor yang bertanggungjawab menguruskan prosedur kelahirannya kali ini.
Entri yang dikongsi beberapa jam lalu menerusi Instagram itu turut memaklumkan, mereka jugalah menjadi individu penting di sebalik proses kelahiran anak pertamanya, Syeriv.
“Gambar lebih kurang 10min sebelum perut aku tenganga?Inilah 2org doc kesayangan?dr.fauziah yg bertanggungjwab belah perut aku bok keluaq anak. Yang di belakang tu dr.aminah pakar bius yg bius tilla tanpa rasa sakit apa pun!cucuk kt tulang belakang kot,klu tak kena gaya mampuih?dua2 doc yg sama masa tilla beranakkan syeriv.
“Yang nurse2 tu pulak tilla nk cakap thank u so much sebb sudi tgok perut n benda2 lain yg xsepatutnya?byk pahala hampa semua,insyaallah amin,” tulisnya.
Pelakon dan ushawan, Didie Alias mengakui risau dengan masalah sosial kini di kalangan anak muda, khususnya mengenai penyebaran video yang berunsur lucah.
Sebagai ibu kepada anak-anak yang sedang meningkat remaja, sudah pastinya situasi berkenaan menyebabkan bintang ini lebih peka terhadap kegiatan sosial mereka.
“Memang saya cukup risau. Malah saya pernah beritahu mereka, janganlah kau buat perkara yang bukan-bukan. Aku ni kerja dari pagi sampai ke Subuh, tak menentu mencari rezeki.
“Kau kena jaga nama Mak, Didie Alias. Aku sudah 30 tahun dalam industri. Kalau tercalit sikit saja nama aku, habis semuanya. Usah buah benda-benda yang boleh memalukan aku. Itu sahaja yang aku minta,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, pelakon Plan Cinta ini bersyukur kerana setakat ini, anak-anaknya masih menjaga nama baik keluarga. Malah, ada di antara mereka yang turut berjaya dalam akademik hingga menjadi inspirasi peminat.
Berkongsi mengenai perkara tersebut, Didie mengakui dia tiada rahsia tertentu dalam mendidik anak-anak. Memadai dengan doa seorang ibu yang dirasakan senjata paling ampuh dalam membentuk sahsiah yang baik buat mereka.
“Sebagai ibu, saya hanya doakan yang baik-baik sahaja untuk semua anak-anak. Ia senjata paling bagus.
“Moga mereka mendengar kata dan jaga tatasusila, itulah yang saya sentiasa doa dan harapkan. Sebab jangan dibuat main, doa ibu ni ‘bisa’,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Didie pernah berkahwin dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1992 dan berpisah pada 2002. Mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani.
Sementara menerusi perkahwinan kedua, Didie bernikah dengan Norisham Ismail pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan.
Didie ditemui pada majlis sidang media Bazaar Raya Kuala Lumpur 2019 (BRKL2019) di PWTC, Kuala Lumpur pada Isnin yang turut menyaksikan Nuc Car sebagai pengangkutan rasmi BRKL tahun ini.
Ditanya mengenai dua projek yang kini dijayakannya iaitu Le Fest dan BRKL2019, Didie turut memberi penjelasan agar tiada kekeliruan.
“Le Fest sekarang dah masuk tahun yang ketiga dan ia memang ada beza dengan BRKL2019. Le Fest saya terbangkan peniaga termasuk usahawan selebriti selama tiga hari sempena musim raya untuk berkampung di Sabah atau Serawak.
“BRKL2019 pula saya kerjasama dengan mereka memandangkan saya sebelum ini sudah ada database usahawan selain ada juga para artis yang gemar berniaga.
Malah di sini pun kami sediakan lebih banyak vendors buat yang berminat untuk sertai. Pelbagai aktiviti menarik akan kami sediakan termasuk cabutan bertuah.
“Pada masa sama, pengunjung juga bakal dihidangkan dengan persembahan selebriti,” katanya yang turut bertindak sebagai penasihat untuk KL Bazaar Raya tahun ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Insiden melibatkan pelawak Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet dengan pengawal keselamatan, Yahya Manap bulan lalu kini berakhir menerusi cara paling mulia.
Keduanya saling bermaafan ketika masing-masing bertemu di sebuah premis malam tadi.
Menerusi keratan video dari Instagram BH Online, Lan dan Yahya atau mesra disapa Pak Ya dilihat bersalaman dan meminta maaf di atas insiden yang berlaku pada 6 April lalu itu.
“Sekarang ni bukan kerana wang, kerana kesilapan masing-masing untuk berbuat baik. Malah bulan Ramadhan pun nak dekat dah..
“Kita buang yang keruh, kita ambil yang jernih..
“Saya bukannya pendendam… Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka,” kata Yahya.
Dalam pada itu, Lan turut berasa kesal atas tindakannya yang mengasari warga emas terbabit.
“Saya rasa diri ini lemah sangat. Lepas kejadian macam ni saya nak minat maaf..
“Ia makan masa berminggu.. Dengan nyawa dan roh badan, saya dengan humble nak minta maaf pada Pak Ya, anak-anak dan keluarga untuk pertemuan sesi maafkan saya.
“Itu niat saya.. terima kasih Pak Ya umur dah 68 pun masih berkerja dan dapat maafkan saya lagi,” balas Lan rendah diri.
Terdahulu, Lan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku bersalah memukul Pak Ya.
Malah, abang ipar kepada pelakon Rozita Che Wan itu juga mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof.
Sumber : Instagram Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.