[GAMBAR] Lama Tak Jenguk Mahligai Mewah Aliff Syukri, Nah Ini Foto Terkininya. Siap Tunjuk Jam 100k!

Share

Pernah viral kerana saiz dan dekorasi yang serba mewah dekorasinya, MH sekali lagi berpeluang untuk mengunjungi kediaman indah usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.

Mahligai indah yang dibina di Sri Damansara mengambil tempoh empat tahun untu disiapkan dan usahawan ini sekeluarga mendiami rumah mewah yang dikenali sebagai ‘Aliff Syukri Palace’ ini pada ulang tahun kelahiran Aliff yang ke-31.

Lebih setahun berlalu, jom tatap dekorasi terkini yang ada di dalamnya.

Sambil berkongsi cerita mengenai perkembangan terkini penyanyi Abang Nak Tegur ini, Aliff sempat tunjuk jam tangan bernilai kira-kira RM100,000, pemberian dari ibu tercintanya, Bonza Rozita.

“Saya rasa dihargai dan jam tangan ini sangat bermakna, sebab ia dihadiahkan dari ibu saya. Tak pernah saya dapat hadiah hari jadi yang sebegini mahal darinya,” kongsi Aliff jujur.

 

IKLAN