Penyanyi, Syura Badron menafikan dirinya ada melakukan pembedahan pada bahagian bibir supaya kelihatan lebih tebal dan mugil.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Kasih Tak Terjamah dan Nazam Berkasih ini mengakui ada menggunakan produk ‘lips plumper’ untuk mencantikkan bahagian berkenaan.

Katanya lagi seperti yang dilaporkan MStar, dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik, termasuk suntikan bibir.

[GAMBAR] “Bibir Saya Sememangnya Tebal Bahagian Bawah. Saya Akui Ada…” – Jawab Syura Isu Bibir Makin Mugil

IKLAN

“Saya tak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik pada diri dan tak pernah melakukan suntikan di bibir. Kalau ikutkan, bibir saya sememangnya tebal bahagian bawah. Saya akui ada memakai produk untuk mungilkan bibir.

 

“Produk lips plumper saya gunakan dalam 30 saat sebelum memakai gincu dan menjadikan bibir saya lebih tebal,” kata Syura seperti yang dipetik.

[GAMBAR] “Bibir Saya Sememangnya Tebal Bahagian Bawah. Saya Akui Ada…” – Jawab Syura Isu Bibir Makin Mugil

Pada masa sama, Syura menambah, dia tidak akan sesekali akan melakukan sesuatu atau menggunakan produk yang akan akhirnya membahayakan diri.

“Saya memang suka mencuba sesuatu yang baru untuk cantikkan diri. Tapi sebelum cuba produk itu, saya akan pastikan ia tidak membahayakan diri. Takkan la saya nak buat pembedahan plastik yang boleh memudaratkan diri saya sendiri,” akuinya lagi.

[GAMBAR] “Bibir Saya Sememangnya Tebal Bahagian Bawah. Saya Akui Ada…” – Jawab Syura Isu Bibir Makin Mugil

IKLAN

Terdahulu, Syura sebelum ini turut dikatakan menggunakan bahan terlarang untuk tampil lebih kurus. Namun hal tersebut dinafikan penyanyi terbabit.

Foto: Instagram Syura/ Carian Google

IKLAN

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI