[GAMBAR] Lady Gaga Stunning, Julia Roberts Pula Yakin Bercelana Di Karpet Merah Golden Globe Hari Ini Antara Tumpuan Lensa!

Share

Pagi Ini (waktu Malaysia) telah pun berlangsung Anugerah Golden Globe 2019 yang mengangkat karyawan filem dan drama di Hollywood di The Baverly Hilton, California.

Bagi edisi ke-76 tahun ini, beberapa buah filem menjadi tumpuan ramai, sekali gus menggondol anugerah utama pada majlis itu seperti Bohemian Rhapsody, Green Book dan Roma.

Selain senarai pemenangnya, pasti mata pencinta seni dunia akan tertumpu kepada barisan selebriti wanita Hollywood misalnya saat melangkah gaya di karpet merah.

Jom, ini dia antara figura yang paling ‘memancing’ mata ramai. Lady gaga tampak wow dalam persalinan dress rona pastel, sementara bintang senior pula tampil bercelana hari ini. Super wow!

Lady gaga tampil dalam persalinan Valentino Couture

Lupita Nyong’o anggun menerusi label Calvin Klein by Appointment sementara perhiasan kemasnya pula daripada Bulgari

Dres lengkap pada tubuh langsing Nicole Kidman pula daripada Michael Kors Collection. Cantik kan?

Seperti biasa, pelakon asal Afrika Selatan, Charlize Theron setia dengan gayaan dari rumah fesyen, Dior Haute Couture

Lain dari lain, penampilan Julia Roberts yang menggayakan persalinan daripada Stella McCartney mencuri tumpuan ramai!

Gaya wanita anggun nan yakin, Emma Stone dalam persalinan rona nude dres Louis Vuitton

Wah memang lain dari lain persalinan yang dikenakan pelakon, . Ilham dari Chanel

Pelakon cantik, Penelope Cruz kekal menawan dengan gayaan dari Ralph & Russo. Perhiasan kemasnya pula daripada Atelier Swarovski.

Sumber: Vogue

IKLAN