[GAMBAR] “Kita Dah Tembam Tolong Lah Percaya,”- Reen Rahim

Share

Pelakon Reen Rahim ada berkongsi beberapa keping foto di Instagramnya baru-baru ini.

Foto tersebut melihatkan pelakon drama Pujaan Hati Kanda mengenakan baju lengan panjang berwarna putih disertakan dengan cetakan tulisan Jawi (Salam & Hugs). 

Malah, Reen mengakui dirinya sudah semakin berisi dan mahukan pendapat dari netizen. 

“Ish awak nie,betul lah kite dah tembam tolong lah percaya,” tulisnya ringkas

Lantas, perkongsian Reen atau nama penuhnya Noreen Ashikin Abdul Rahim mendapat respon dari netizen. 

Malah,ada juga yang seakan ‘tak pasti’ bahagian tembam yang dimaksudkannya, kerana pelakon berusia 30 tahun ini tetap tampak cantik dan langsing. 

Selain itu, rakan selebriti turut memuji kecantikan pelakon berkenaan.

Foto : IG Reen Rahim

IKLAN