Artis serba-boleh, Ifa Raziah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul jam 5.00 petang Selasa selepas didakwa mengupah pembunuh upahan menembak Roslan Shah.

Ifa ketika ditemui berkata kepada MH , dia dan suami terkejut besar apabila menerima panggilan telefon daripada polis Johor Bahru yang memaklumkan mengenai satu laporan polis telah dibuat Roslan terhadapnya.

“Saya ingat kontroversi di antara kami sudah berakhir, tetapi nampaknya dia  bertindak melampau apabila dia menuduh saya penjenayah. Difahamkan menerusi laporan yang dibuatnya, saya dikatakan mengupah pembunuh upahan untuk menembak dia. Tuduhan itu melampau kerana saya sudah dicop penjenayah!

 

“Apa yang dia mahukan daripada saya? Adakah dia cuba nak tutup periuk nasi saya dengan melakukan pertuduhan macam ni? Jadi, laporan ini saya buat untuk mempertahankan diri daripada kenyataan Roslan yang berniat jahat terhadap saya,” luahnya dalam nada kesal.

Peguam Ifa, Thalia Rohaina pula menegaskan, tuduhan dibuat Roslan merupakan sesuatu yang sangat serius kerana telah membuat laporan polis palsu terhadap anak guamnya.

“Buat masa ini anak guam saya tidak ada masalah untuk memberikan kerjasama untuk siasatan malah pihak kami juga sedang meneliti untuk mengambil tindakan selanjutnya khusus bagi membersihkan nama anak guam saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa juga memaklumkan dia memberitahu sudah membawa perkara tersebut ke pengetahuan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Karyawan.

“Esok, presiden Seniman dan Karyawan akan berada di IPD sentul bersama saya bagi memberi kenyataan kepada pihak polis.

 

“Mereka juga (Seniman dan Karyawan) turut akan menyiasat dan meneliti perkara ini supaya tidak berulang kepada artis lain,” kongsi penyanyi Ser Ser Ser ini. Pada masa sama, pihak polis dari Johor akan datang ke Kuala Lumpur pada Rabu (esok) untuk mengambil keterangan daripadanya.

[Gambar] Kesal Dituduh Upah Pembunuh Tembak Roslan Shah, Ifa Raziah Segera Buat Laporan Polis!

IKLAN

 

[Gambar] Kesal Dituduh Upah Pembunuh Tembak Roslan Shah, Ifa Raziah Segera Buat Laporan Polis!

 

IKLAN

[Gambar] Kesal Dituduh Upah Pembunuh Tembak Roslan Shah, Ifa Raziah Segera Buat Laporan Polis!

 

IKLAN

[Gambar] Kesal Dituduh Upah Pembunuh Tembak Roslan Shah, Ifa Raziah Segera Buat Laporan Polis!

MH turut bersimpati atas apa yang menimpa dan sebaiknya, cuba selesaikanlah isu berkenaan dengan cara paling berhemah. Berikut merupakan temuramah penuh bersama Ifa yang telah disiarkan secara langsung menerusi FB Live Media Hiburan.

MH berada di IPD Sentul bagi melaporkan kes selebriti, IFa Raziah yang dikatakan telah menerima panggilan drpd Polis Johor Bahru yg mengatakan Roslan Shah ada membuat laporan dimana menuduh penyanyi dan pengacara berkenaan ada mengupah seseorang utk menembaknya.

Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 16 January 2018

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI