[GAMBAR] Kembali Sihat & Genap 10 Bulan, Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Buat Heronya, Jebat Jayden!

Share

Semalam genap 10 bulan kelahiran anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden Ahmad.

Dalam pada itu, Sharnaaz ada menitip ucapan khas buat anak sulungnya itu.

“Hari ni anak baba dah 10month.. baba and mummy sayang hang sgt.. semoga jadi anak yg baik.. ramai syg hang tau.

“Membesar jadi manusia yg berguna pada masyarakat na syg baba,” tulis pelakon  filem Juvana 3 itu disertakan gambar Jebat.

Terdahulu, Jebat pernah mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) sejak beberapa bulan.

Bagaimanapun, proses pembedahan berjalan lancar dan Jebat kini dalam proses membesar dengan sihat dan baik.

Pada awal Februari lalu, hubungan rumah tangga pasangan ini dikatakan goyah apabila kedua-dua mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama.

Malah, Sharnaaz dan Nabila juga pernah memuat naik status dan kapsyen berbaur kesedihan di Instagram masing-masing.

Untuk rekod, Sharnaaz, 34 dan Nabila, 35 mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden pada 30 Ogos tahun lalu.

Foto : Instagram Sharnaaz Ahmad/ Jebat

IKLAN