Uncategorized

[GAMBAR] Juliana Banos Kini Bergelar Datin?

Share

MH menerima sekeping foto daripada pembaca yang membayangkan pemenang Dewi Remaja 1998/99 yang selepas itu bergelar penyanyi dan pelakon, Juliana Banos kini berstatus Datin apabila suaminya, Mokhtar Ahmad dikurniakan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.

Bagaimanapun, tidak diketahui kesasihan mengenai berita yang disampaikan pembaca MH ini. Bagaimanapun, foto yang dikirimkan pembaca mungkin boleh menjelaskan segala.

Andai benar seperti yang disampaikan, tahniah MH ucapkan buat pasangan berkenaan.

Terdahulu, Juliana yang pernah mengecap populariti menerusi beberapa barisan filem dan single hit lewat 90-an mulai memperlahankan aktiviti seni apabila mendirikan rumah tangga pada 2005.

Difahamkan, bintang tersebut sudah pun mempunyai tiga orang anak.

IKLAN