[GAMBAR] Joy Revfa Kongsi Situasi Seperti Majlis Merisik, Tapi Jangan Risau, Bukan Suami Orang!

Share

Usahawan kosmetik terkenal, Joy Revfa ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.

Menerusi entri tersebut, Joy telah berkongsi momen sekitar sambutan Syawal bersama keluarga dan seorang jejaka misteri.

Semakin menjadi perhatian apabila Joy menutup wajah jejaka tersebut sekali gus menjadi tanda tanya kepada peminat.

“Ni majlis ibu ke atau majlis arryan ni…? #revza #SS #bukansuamiorang #childhoodcrush #alhamdulillah #merisikkhabar,” tulisnya memberikan teka-teki.

Ia seperti membayangkan usahawan itu telah pun dirisik seseorang.

Di samping itu, peminat mendoakan agar semua urusan usahawan berusia 30 tahun itu dipermudahkan.

Terdahulu, Joy yang telah bercerai bersama suaminya yang juga merupakan seorang penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun.

Foto : Instagram Joy Revfa / mStar Online

IKLAN