[GAMBAR] Janna Nick Ungguli Aktres Pilihan, Drama Nur Menang Besar & Ini Senarai Pemenang DFKL 2019!

Share

Drama rantaian, Nur telah dinobatkan sebagai Drama Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL 2019) yang disiarkan secara langsung di TV3, dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Selain menerima anugerah tertinggi pada malam ini, drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu turut menjadi pilihan pengundi yang merekodkan pasangan pelakon utamanya, Syafiq Kyle dan Amyra Rosli sebagai kategori Pasangan Serasi, mengalahkan calon finalis lain.

Sementara itu, Janna Nick kekal menggungguli kategori Anugerah Aktres Pilihan untuk kali ketiga  (pada tahun 2016,2018,2019)

Berikut adalah senarai pemenang DFKL 2019:

Penulis skrip pilihan: Shahrulezad Mohameddin (Nur)

Pengarah pilihan : Shahrulezad Mohameddin (Nur)

Pasangan pilihan: Syafiq Kyle,Amyra Rosli (Nur)

Antagonis pilihan: Azhan Rani (Nur)

Lagu pilihan: Jatuh Bangun, Haqiem Rusli & Aman RA (Shah & Zam)

Drama pendek pilihan: Orang Kita (Mohamad Edzuan)

Drama rantain Cina pilihan: My Sensei Nyonya (Mediacorporation Studio (M) Sdn Bhd)

Aktor pilihan: Syafiq Kyle (Nur)

Aktres pilihan: Janna Nick (Semerah Cinta Humairah)

Drama pilihan: Nur

IKLAN