[GAMBAR] “Itu Lidi, Boleh Buat Chopstik!”-Masya Masyitah Balas Soalan Netizen Fasal Isu Saiz Kakinya, Dah Kenapa?

Share

Memiliki rupa paras yang manis dan anggun berhijab, penyanyi remaja Masya Masyitah telah memuat naik sekeping foto di Instagramnya baru-baru ini.

Namun, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan saiz kaki penyanyi berusia 18 tahun itu.

Foto tersebut melihatkan juara Ceria Pop Star Musim-2 (2014) itu sedang duduk di atas kerusi dan menggayakan seluar panjang berwarna coklat lembut.

Lalu, gambar tersebut telah mendapat persoalan dari netizen mengenai saiz kakinya itu yang dianggap kecil bagaikan lidi.

“Itu kaki ke lidi?,” soal netizen.

Tidak hanya berdiam diri, Masya membalas komen tersebut dengan bersahaja.

“Itu lidi.. boleh buat chopstick,” balas Masya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut sama memberi komen mengenai kakinya itu.

Terdahulu, Masya pernah mendapat kritikan dari netizen apabila dia menggayakan seluar jeans yang ketat dan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung ketika menjadi tetamu undangan HLive.

IKLAN