
Pelakon sensasi, Fathia menjawab beberapa pertanyaan netizen menerusi IG Live di Instagram mengenai beberapa perkara, termasuklah isu kantung matanya (eye bag) yang lebam.
Rata-rata netizen bertanya mengenai perkara itu, memandangkan ia dapat dilihat dengan jelas pada paras wajahnya.
Jelas pelakon Ariana Rose itu, dia mempunyai masalah tersebut adalah disebabkan oleh elemen genetik dan bukanlah akibat pengambilan barang terlarang seperti yang disangka ramai pihak.
“Saya ni ada campuran Arab, jadi memang akan ada kesan lebam bawah mata macam ni. Saya boleh saja buat sesuatu dengan eye bag ni, buat pembedahan atau cucuk sana-sini, tapi saya tak mahu.
Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don’t do drug, man!,” tegasnya seperti yang dipetik mStar Online.
Pada masa sama, figura ini juga mengakui dia lebih selesa untuk tampil polos tanpa solekan, walau berada di luar rumah.
“Sampai bila nak cover muka dan badan tu. Saya ni lebih suka biarkan sahaja muka tanpa mekap, lebih-lebih lagi ketika berada di luar rumah.
Kalau ada shooting atau menghadiri majlis, perlulah bermekap. Kalau hari-hari biasa, saya lebih selesa tanpa sebarang solekan,” tambah Fathia.
Selain itu, rakan baik kepada Zarina Ann Joulie ini juga turut memberitahu, bukan diri seorang yang mempunyai masalah lebam bawah mata.
“Sebut fasal eye bag, bukan saya seorang sahaja yang ada, ramai lagi orang lain yang mengalami benda yang sama,” ujarnya lagi.
Foto: Instagram Fathia Latiff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sultanah Nur Zahirah Mencemar Duli Ke Malam Gala Precious Of Malaysia, Pereka Fesyen Jonathan & Farel Mikhail Teruja Ibarat Mimpi Jadi Nyata!

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli merasmikan Precious Of Malaysia musim ketiga sekaligus melancarkan buku Pesona Kebaya-Enchanting of Kebaya (Dwi-Bahasa) pada Malam Gala di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Ahad lalu.
Turut berkenan berangkat pada acara itu ialah Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ Binti Al-Wathiqu Billah Sultan Zainal Abidin.
Tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah Pengerusi Affin Bank Berhad, Dato Agil Natt, Pengarah Urusan MyCar, Datuk Noor Sheena serta Pengerusi Precious Of Malaysia yang juga pereka feysen, Jonathan dan Farel Mikhail.
Menurut Jonathan Kok dan Farel Mikhail yang juga penganjur acara FM Group, mereka menyifatkan kesudian Sultanah Nur Zahirah yang berkenan merasmikan program anjurannya sebagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan.
“Sehingga ke saat ini, kami berasakan kesudian Sultanah Nur Zahirah mencemar duli ke acara kami bagai sebuah mimpi yang menjadi realiti. Tidak pernah terbayangkan.
“Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada tim protokol Istana Terengganu kerana sudi mendengar hajat yang kami doakan selama ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
“Semoga dengan perasmian Precious Of Malaysia dan pelancaran buku Pesona Kebaya ini menjadi satu momen indah buat kami. Tak mungkin dapat kami lupakan sampai bila-bila,” katanya.
Menurut Farel, segala sindiran dan kata-kata sinis yang cuba melemahkan semangatnya selama ini akhirnya dapat ditepis apabila terbukti Precious Of Malaysia kini menjadi sebutan ramai terutamanya dalam kalangan anak muda.
“Apa yang berlaku hari ini sebenarnya menguatkan lagi semangat kami untuk terus memartabatkan budaya Malaysia.
“Sebenarnya bukan mudah apa yang kami lalui. Dipandang rendah, disindir, dilabel syok sendiri, ‘muka tebal’ dan bermacam-macam lagi.
“Kami ini bukan robot tapi manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Kalau hati itu adalah kaca, dah lama dah berkecai tak dapat dicantum lagi.
“Namun, tuhan kuatkan semangat kami kerana arah tujuan kami jelas mahu mengangkat martabat budaya Malaysia yang menjadi identiti kita semua.
“Ditambah pula dengan kesudian Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli ke acara kami. Sungguh, gembira dan rasa syukur itu berganda-ganda,” ujarnya.
Sempena Precious Of Malaysia, FM Group telah menganjurkan International Cultural Fashion Week (ICFW) yang memberi peluang kepada para pelajar yang berlangsung pada 2 dan 3 Ogos lalu di lokasi sama.
Dalam pertandingan ini, sebanyak 23 jenama berentap dan menampilkan keunikan masing-masing. Pereka muda Afiq Syazani dinobatkan sebagai juara, Rashid Moshi naib juara dan UiTM (tempat ketiga).
Selain hadiah utama, ICFW turut mengumumkan barisan pemenang bagi 10 kategori lain iaitu Best Collection, ASIAN Emerging Fashion Designer, Most Talented Fashion Designer, Up Coming Fashion Designer dan Promising Fashion Designer.
Turut diumumkan ialah pemenang bagi kategori Best Showcase, Best Cultural Inspiration, Up Lifting Traditional Design, Excellent Fashion Designer dan Best Model Catwalk.
FM Group menganjurkan pertandingan ini sebagai platform kepada pereka fesyen baharu atau sedang mencipta nama dan tahun ini, mekanismenya sedikit berbeza.
“Dua tahun berturut-turut kami libatkan pereka fesyen tempatan sahaja. Kelainan untuk tahun ini kami turut menerima penyertaan dari negara-negara serantau iaitu Indonesia dan Filipina
“Menerusi pertandingan ini, kita dapat lihat pelbagai budaya yang dibawakan menerusi fesyen dari Malaysia dan negara luar.
“Untuk Malaysia, kami ketengahkan elemen Malaysia seperti batik, songket tenun atau pun apa-apa tradisi. Dalam masa yang sama, rekaan kontemporari atau gabungan tradisional dan moden pun dibenarkan.
“Pertandingan yang berkonsepkan tradisional kali ini agak mencabar kerana melibatkan pereka fesyen dalam dan luar negara,” tambahnya.
Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga bakal menganjurkan Hari Tanjak Malaysia pada 10 Ogos depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setiap Hari Hantar Mereka Ke Sekolah Jam 6.30 Pagi,” – Aeril Zafrel Mahu Momen Lihat Anak-Anak Berjaya & Membesar Di Depan Mata

“Saya lebih senang untuk melihat kejayaan mereka di depan mata.” Demikian kata pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal selepas ditanya mengenai pendidikan anak-anak.
Meski tidak menafikan menghantar anak-anak ke sekolah berasrama ada kebaikannya, namun bagi Aeril, momen melihat sendiri perkembangan empat anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 9, Ayya Soffya, 4 dan Muhammad Fahri,2, menjadi pilihannya bersama Wawa.
“Kami percaya setiap pandangan ibu bapa itu berbeza, dan tidak nafikan ada banyak kebaikan bila hantar anak-anak ke asrama. Mereka mungkin boleh lebih fokus dalam pelajaran dan sebagainya.
“Namun buat masa ini, kami lebih memilih untuk melihat membesar di depan mata. Apa pun saya menghormati pendirian para penjaga. Masing-masing ada cara dalam memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak,” kata Wawa.
Wawa dan Aeril ditemui pada Majlis Pelancaran CoolBlog x Wawa Cosmetics di Fahrenheit Bukit Bintang, pada Sabtu.
Bagi Aeril pula, meski sibuk menguruskan bisnes dan kerjaya seni, namun dia ada cara tersendiri untuk tetap mengisi masa bersama anak-anak.
“Sebagai bapa sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Walau sibuk macam mana sekali pun, saya memang akan cuba ambil masa menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari.
“Jam 6.30 pagi saya sudah hantar mereka ke sebab memang mahukan momen itu bersama-sama, walau boleh saja minta pembantu yang hantarkan.
“Bila anak-anak semakin besar dan mula nak berdikari, sudah tentu situasi itu tidak akan berlaku lagi. Jadi saya tidak mahu lepaskan peluang yang ada.
“Jadi ketika inilah juga kami ambil waktu untuk saling berbual di antara bapa dan anak-anak. Berkongsi apa saja, termasuk dalam hal berkaitan pengajian,” katanya lagi.
Sementara itu, kerjasama bersama jenama minuman terkenal itu yang baru sahaja memperkenalkan enam produk baru berasaskan Epal, bukan sahaja sinonim dengan kesegaran tetapi juga kecantikan.
Menggabungkan dua elemen berbeza seperti kecantikan dengan pencuci mulut, CoolBlog x WAWA disatukan untuk mencipta pengalaman yang berbeza dan ikonik.
Melalui kempen yang membawa mesej ‘Self-Love’ dan ‘Love From Inner Beauty’ ini, Wawa percaya setiap individu patut merasakan kecantikan dan keistimewaan mereka yang tersendiri.
Setiap dua pembelian produk terbaharu CoolBlog, pembeli berpeluang mendapatkan produk Wawa Butter Liptint yang terdiri dari 6 warna menarik untuk tempoh yang terhad.
Malah melalui Touch ‘n Go CoolBlog Mini App, setiap pembelian Apple Fantasy juga memberi anda peluang untuk memenangi set hadiah eksklusif produk kecantikan dari Wawa yang bernilai RM200.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selesai Pembedahan, 8 Batang Gigi Anak Fedtri Yahya Terpaksa Dibuang Akibat Jangkitan Kuman & Terlalu Hitam

Pengacara, Ahmad Fedtri Yahya kini boleh menarik nafas lega apabila anak keduanya, Ahmad Wildan Arjuna selamat menjalani pembedahan pembuangan gigi rosak sebentar tadi.
Kongsinya, kanak-kanak berusia lima tahun itu mudah mengalami gusi berdarah dan bengkak.
Difahamkan, sebanyak lapan batang gigi Arjuna terpaksa dibuang akibat terlalu hitam yang boleh mengakibatkan jangkitan.
“Alhamdulillah selesai pembedahan. Dah togel gigi Juna. Ingatkan menangis lepas sedar tadi.. tapi cool & steady je.
“Cuma dia pelik & tertanya-tanya apa yang dah jadi. Simple request: kinder, vitagen, KUIH APAM.
“Disebabkan puasa sejak malam tadi,menangis jugaklah bangun subuh nak air, nak coklat, lapar semua.
“Terima kasih buat semua petugas Hosp Sg Buloh yang dedikasi dan budiman,” tulis Fedtri sambil disertakan gambar-gambar selepas menjalani pembedahan.
View this post on InstagramA post shared by 🅰🅷🅼🅰🅳 🅵🅴🅳🆃🆁🅸 🆈🅰🅷🆈🅰 (@fedtriyahya) on
Sementara itu, netizen ada meninggalkan komen pelbagai terhadap perkongsian tersebut.
Malah, ada juga yang memberikan semangat kepada kanak-kanak berusia lima tahun itu yang berani dan kuat.
Terdahulu, Fedtri sempat memuat naik gambar di Insta Storiesnya sebelum Arjuna menjalani pembedahan gigi awal pagi tadi.
Foto : Instagram Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI