[GAMBAR] Isteri Nabil, Zira Ayub Sah Bertudung, Ramai Yang ‘Sejuk Mata’!

Share

Kepada mereka yang mengikuti perkembangan isteri kepada pelawak dan pengacara, Ahmad Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub, nampaknya dia kini sudah berhijab.

Memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram, Zira ada berkongsi beberapa keping gambar yang melihatkan dia tampil bertudung litup penuh ketika mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya.

Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap perubahan bekas pramugari itu.

Terdahulu, Zira pernah mengenakan hijab pada Ogos tahun lalu, namun kembali membuka tudung semula pada Oktober.

Untuk rekod, Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Naira Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

Foto : Instagram Nabil, Zira Ayub

IKLAN