Kepada mereka yang mengikuti perkembangan isteri kepada pelawak dan pengacara, Ahmad Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub, nampaknya dia kini sudah berhijab.
Memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram, Zira ada berkongsi beberapa keping gambar yang melihatkan dia tampil bertudung litup penuh ketika mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya.
Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap perubahan bekas pramugari itu.
Ads
Terdahulu, Zira pernah mengenakan hijab pada Ogos tahun lalu, namun kembali membuka tudung semula pada Oktober.
Untuk rekod, Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Naira Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.
Foto : Instagram Nabil, Zira Ayub
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hos dan penyampai radio, Issey Fazlisham berkongsi pengalaman ‘ngeri’ ketika dia mahu pulang ke ibu kota dari Kelantan dua hari lalu.
Kongsinya, dia terpaksa memandu hanya dengan mengenakan kain pelikat kerana mengalami cirit-birit.
“Ni gambar 2 hari lepas, di kedai ‘Pantai Timur’ Kuala Krai. Singgah beli barang masa otw ke kL. Hari dugaan besar untuk aku.
“Dimana aku kena drive dari Kelantan ke KL dalam keadaan aku cirit birit. Parah dik. Air jer keluar. Best rupanya drive pakai pelikat kalau keadaan macam ni. Tinggal Selak jer,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #gengissey dan #hometownpride.
“2 March 2006. Abah pergi tinggal aku. Masa tu aku baru masuk Uitm. Abah pernah marah aku, sebab aku nak pergi Shah Alam naik motor (dari Kelantan). Aku pergi jugak. Keluar rumah aku nak salam pun dia macam marah lagi.
“Tapi, walaupun abah marah, esok tu abah call aku, dia tanya, ‘motor ok ke? Ok tak perjalanan’.
“Aku tahu, perjalanan aku dari Kb – Shah alam masa tu diiringi doa abah. Dan seminggu selepas itu, abah pergi tinggalkan kami semua. Al-fatihah abah. Mat Hussin bin Hassan Gul (1943-2006),” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instagram.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata turut bersedih atas kehilangan bapanya selain turut sedekahkan al-Fatihah.
Foto: Instagram Issey Fazlisham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengenang kembali detik bahagia saat disatukan dengan bekas isteri, Aliff Aziz mendedikasikan ucapan istimewa buat wanita yang pernah dimilikinya, Bella Astillah.
Mengakui dia mengambil mudah perihal rumahtangga selama ini, penyanyi dan pelakon ini akur dengan hukuman yang diterima dalam rumah tangga.
“09.09.2016. One of the most magical days of my life where Allah blessed me with such an amazing woman to share my life with.
“Through all the years of happiness and sadness, ups and downs, she had been there for me. If i could turn back the hands of time, there are many things i would have done better and differently. I would have given my best that i could have ever gave.
“But this is an example of when you take Allah’s blessings for granted, time and again, when the time comes and He shows you what you brought upon yourself, then only you realize what you have done. And as human beings, myself included we turn to Allah when our world gets shaken and when we face trials and tribulations and when we lose some or all that we have.
“But this is a calling from Him for me to realize how far i have been from the right path,” tulisnya.
Lelaki dari Singapura ini turut meluahkan kesyukuran dikurniakan wanita yang cukup memahami dan sentiasa ada di sisi walau dugaan kerap menimpa.
Malah, dia turut memberi bayangan ingin kembali bersama sebagai suami isteri jika diizinkan Allah.
“To @bellaastillah , you have always given your best since the day i met you for the first time. You have always been there for me at my highest and lowest phases in life. I pray to Allah you will always be blessed with great blessings for you are special.
“Thank you for giving birth to such an amazing handsome smart boy @aydenadrean17 sebagai tanda cinta kita.
“I need to amend my relationship with Allah. For He is the best of planners and the one that can turn hearts over. Saya harap awak sekeluarga selalu dirahmati dan dilindungi.
“I know this post will get different opinions but this is just words from my heart that i wanted to share. I may have not been the best for you before, but insyaallahuta’la if Allahwills for us to together again, may He wills for me to show the best husband and father in me that i could ever be.
“Jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Whatever people may perceive or say, only you know me for who i am. Saya harap awak doakan saya seperti mana awak selalu dalam doa saya. Both you and Ayden.
“I may be perceived in many ways. But we are all human beings that will fault with our own choices in life. Saya hanya minta doa yang baik-baik sahaja dari semua. Semoga dengan doa baik itu, Allah limpahkan kebaikan untuk semua. Amin yra,” tulis bintang ini panjang lebar.
Walau bagaimanapun, curahan rasa ini seakan tidak ‘lut’ di hati netizen dan rata-rata menasihatkan agar Bella berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.
Ruangan komen juga dipenuhi dengan kata-kata nasihat agar bapa kepada Ayden ini muhasabah dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Foto : Instagram Aliff Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.