[GAMBAR] Ini Lima Drama Paling Ditunggu Tiap Hari, Sanggup ‘Terpacak’ Depan TV!

Share

Drama rantaian tempatan sering kali menjadi perhatian terutamanya kepada peminat drama Malayu.

Jadi, jom kita tengok 5 drama yang kini menjadi trending di laman media sosial!

1.Nur 2

Nur 2 merupakan sebuah drama sequel Nur yang pernah menjadi fenomena tahun lalu. Jadi, tak hairan jika drama Nur 2 telah menjadi sebuah drama yang dinantikan penonton saban hari. Nur 2 bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3.

Drama ini telah dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Azar Azmi, Noorkhiriah dan ramai lagi. Nur 2 bersiaran setiap hari Isnin-Khamis, jam 10 malam.

2.Patah Sayap Bertongkat Paruh

Sebuah drama yang cukup hebat ini telah mendapat tempat di hati penonton. Patah Sayap Bertongkat Paruh ditayangkan di slot MegaDrama, pada setiap hari Isnin-Khamis, jam 10 malam di Astro RIA.

Menariknya, drama ini telah dibintangi oleh pelakon berbakat seperti Fasha Sandha, Datuk Aaron Aziz, Zarul Husin dan ramai lagi.

3.Asalkan Dia Bahagia

Drama ini merupakan sebuah drama yang berkisahkan tentang percintaan adik beradik tiri. Tambahan lagi drama ini dilakonkan pelakon terkenal seperti Ayda Jebat, Shukri Yahaya dan Idris Khan.

Asalkan Dia Bahagia, 28 episod dan ditayangkan di slot Akasia, setiap hari Isnin-Jumaat, jam 7 malam di TV3.

4. Jodoh-Jodoh Annisa

Drama ini mempunyai 100 buah episod dan telah dilakonkan Izara Aishah, Datuk Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq dan ramai lagi.

Drama rantaian ini telah ditayangkan di slot Tiara, pada setiap hari Isnin-Jumaat, jam 6 petang di Astro PRIMA.

5. Cinta Non Grata

Tajuk drama Cinta Non Grata ini bermaksud cinta yang tak dihargai. Drama ini merupakan sebuah drama yang menarik kerana berkisahkan kehidupan seorang model yang telah berkahwin secara kontrak.

Di samping itu, drama ini telah dibintangi pelakon baru sedang meingkat naik seperti Amelia Handerson, Raja Afiq, Edika Yusof dan ramai lagi.

Cinta Non Grata telah disiarkan di slot Lestary, pada setiap hari Rabu-Jumaat, jam 9 malam di TV3.

Sumber : Carian Google

IKLAN