[GAMBAR] Ini Dia Pachara Apin, Yang Sudah Sah Bergelar Isteri Kepada Pelakon Afiq Muiz. Rupa-Rupanya…

Share

Pelakon Afiq Muiz mengejutkan ramai apabila mengesahkan berita mengenai perkahwinannya bersama wanita dikenali sebagai Pachara Apin pada pagi Selasa lalu.

Lalu, berita berkenaan secara tidak langsung turut membuatkan ramai yang mulai ‘stalk’ siapakah wanita kini menjadi permaisuri hati kepada pelakon berkenaan.

Jom ketahui serba sedikit mengenai Pachara.

Selain bergelar model, Pachara juga merupakan seorang pelakon. Antara drama yang pernah dilakonkannya ialah Cinta Tiada Ganti, Air Mata Syurga dan banyak lagi.

Pachara atau berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan berusia 28 tahun.

Menerusi salah satu posting Instagram suami, Pachara kini juga dikenali sebagai Nur Aaira Mahdeya.

Pasangan sama cantik sama padan ini difahamkan telah melangsungkan majlis pernikahan secara sederhana di Bangi Selangor dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Foto: Instagram Pachara Apin, Aifq Muiz

IKLAN