Tidak dinafikan, penampilan mewah ibarat memberi refleksi kepada glamor, kekayaan dan kuasa. Jadi tidak hairanlan sekiranya selebriti ternama dunia sering tampil bersama persalinan dan jenama tas tangan yang bukan calang-calang.

Okay, jom ketahui 10 tas tangan yang dikatakan paling mahal di dunia, seperti yang dilaporkan sebuah portal antara bangsa.

Marc Jacobs Carolyn Crocodile Handbag (USD38,000) – Ia diperbuat menerusi kulit buaya dalam rona ungu sebagai simbol kepada kejayaan seseorang wanita, dengan perincian yang cukup berkualiti.

[GAMBAR] Ini Dia 10 Handbag Paling Mahal Dunia, Beyonce Knowles Ada Satu!

Gadino Bag by Hilde Palladino (USD38,470) – Diperbuat dengan perincian kulit buaya, lengkap dengan batu permata!

[GAMBAR] Ini Dia 10 Handbag Paling Mahal Dunia, Beyonce Knowles Ada Satu!

LV Tribute Patchwork Bag (USD48,000) – Jenama paling popular ini hanya menjual 20 buah beg seumapamanya, dan satu dimiliki penyanyi pop dunia, Beyonce Knowles!

[GAMBAR] Ini Dia 10 Handbag Paling Mahal Dunia, Beyonce Knowles Ada Satu!

IKLAN

Judith Leiber’s Precious Rose Bag (USD92,000) – Bukan sahaja reka bentuknya yang diumpamakan sebagai bunga mawar yang sedang mekar, ia juga diperbuat dengan titipan lebih 1,000 butir permata

[GAMBAR] Ini Dia 10 Handbag Paling Mahal Dunia, Beyonce Knowles Ada Satu!

Hermes Matte Crocodile Birkin Bag (USD120,000) – Dibuat daripada kulit buaya, namanya yang diinspirasi daripada nama bintang pop British, Jane Birkin ini turut diperincikan menerusi permata putih 10 karat. Selebriti mana yang paling sinonim dengan Hermes? Semestinya Kim Kardahian!

[GAMBAR] Ini Dia 10 Handbag Paling Mahal Dunia, Beyonce Knowles Ada Satu!

IKLAN

Urban Satchel by Louis Vuitton Bag (USD150,000) – Rekaan bag yang daring ini dicipta pereka terkenal, John Galiano yang diinspirasikan daripada gelandangan Paris. Letop kan?

[GAMBAR] Ini Dia 10 Handbag Paling Mahal Dunia, Beyonce Knowles Ada Satu!

Lana Mark’s Charlize Theron Cleopatra Bag (USD250,000) – Pereka ini hanya mengeluarkan satu jenis beg seumpamanya setiap tahun dan tidak hairanlah sekiranya ia dilihat cukup ekskusif!

[GAMBAR] Ini Dia 10 Handbag Paling Mahal Dunia, Beyonce Knowles Ada Satu!

IKLAN

Chanel ‘Diamond Forever’ Handbag (USD261,000) – Siapa yang tidak kenal dengan jenama Chanel kan? Beg ini diperbuat daripada kulit buaya, lengkap dengan tatahan batu permata. Hanya ada 13 beg ini yang ada di dunia!

[GAMBAR] Ini Dia 10 Handbag Paling Mahal Dunia, Beyonce Knowles Ada Satu!

Hermes Birkin Bag by Ginza Tanaka (USD1.9 Milion) – Hermes melakukan kerjasama dengan pereka ikonik Jepun. Beg yang dilengkapi dengan perincian pertama ini boleh ditanggal dan digunakan sebagai aksesori.

[GAMBAR] Ini Dia 10 Handbag Paling Mahal Dunia, Beyonce Knowles Ada Satu!

Mouawad’s 1001 Nights Diamond Purse (USD3.8 Milion) – Kalau dilihat, ia lebih kepada pertama berbanding beg. Yang pasti, begi ini disiapkan oleh 10 tukang pakar beg dengan ribuan batu permata!

[GAMBAR] Ini Dia 10 Handbag Paling Mahal Dunia, Beyonce Knowles Ada Satu!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI