Sedang menanti detik kelahiran permata hati sulung, pasangan selebriti, Zahirah MacWilson, 25 dan suaminya Aiman Hakim Ridza, 31, ada berkongsikan momen sekitar majlis baby shower khas buat tatapan peminat.
Berkongsikan kenangan indah itu di Instagram masing-masing, pasangan sama cantik sama padan ini kini mengisi masa di Perth, Australia bayi menyambut kelahiran anak sulung.
Diraikan oleh ahli keluarga dalam sederhana tetapi meriah, majlis turut dilangsungkan dalam tema kuning dan jingga cair.
“Oh, Baby. Thank you to everyone for making our baby shower a day to remember,” tulis bintang filem Bulan dan Pria Terhebat ini ringkas.
Malah momen sama turut dikongsikan ibu Zahirah, Maslinda Yusuff menerusi platform sama.
Sementara itu pada ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut tidak lepas peluang untuk saling berteka-teki mengenai jantina anak sulung pasangan.
Selain itu, mereka turut mendoakan agar urusan bersalin buat bakal ibu dipermudahkan kelak.
Terdahulu bulan lalu, pasangan ini mengambil keputusan untuk tinggal di Australia bersama keluarga sehingga Zahirah selamat melahirkan.
Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya, Selangor.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak ada berkongsi sebuah video memaparkan dirinya sedang membantu seorang wanita yang rosak keretanya secara tiba-tiba di pertengahan jalan.
Menurut Zizan, ada hari kita hanya akan mampu melihat dan apabila kesusahan berlaku di depan mata, hendaklah kita menolong.
Video berdurasi hampir tiga minit itu memperlihatkan Zizan sanggup memberhentikan keretanya lalu berjalan meredah jalan sesak bagi menghampiri kereta wanita tersebut.
“Ringankan beban hulurkan bantuan. Tapi kadang ada hari yang kita mampu tolong dan kadang ada hari yang kita tidak mampu tolong.
“Sekurangnya kita cuba tolong. Rasanya kereta akak ni gearbox problem kot,” tulisnya.
Entri tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Polis Evo itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Malah, Zizan turut dilihat membantu mengawal keadaan lalu lintas sementara menunggu ketibaan bantuan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakkan yang ditunjukkan oleh Zizan itu.
Video berkenaan nyata menarik perhatian netizen selepas meraih hampir 400,000 jumlah tontonan malah turut dihujani ratusan komen.
Terdahulu, Zizan merupakan salah seorang daripada sembilan juri yang mengadili program hiburan realiti, The Masked Singer Malaysia.
Selepas tujuh minggu bersiaran, program tersebut akhirnya menemui kemuncaknya malam ini.
Lima peserta yang bakal berentap di pentas akhir nanti ialah Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang dan Bunga Raya.
Pentas akhir The Masked Singer Malaysia akan bersiaran pada 9.00 malam dari Royal Teater, Shah Alam menerusi saluran Astro Warna (127) dan Warna HD (107).
Sumber: Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...