[GAMBAR] Ikut Rombongan Meminang Adik Ipar, DS Shahida Dedah Bonda Rozita Ada Dua Anak Lelaki

Share

Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida baru sahaja berkongsi beberapa keping foto yang merakamkan dia bersama ahli keluarga mertua yang mengikuti rombongan meminang adik iparnya, yang dikenali sebagai Ajim.

Selain berkongsi sekitar majlis, Shahida turut memberitahu, sebenarnya ibu mertuanya, Rozita Ibrahim mempunyai dua orang anak lelaki, termasuk suaminya.

“Hari ini saya ikuti rombongan meminang adik ipar saya, Ajim. @bondarozitaibrahum ada dua anak lelaki, satu @aliffsyukriterlajaklaris dah kahwin dengan saya dan satu lagi Ajim.

“Tak lama lagi bertambah ahli keluarga kami, tahniah Ajim dan Fiza,” tulisnya di ruangan kapsyen foto.

Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah.

Foto: Instagram Datin Seri Nurshahida

IKLAN