[GAMBAR] Hairul Azreen ‘Payung’ Otot Sado Sambil Angkat Barang Dapur, Netizen Terpegun!

Share

Pelakon tampan, Hairul Azreen ada berkongsi sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris kelihatan gagah, sambil menjinjing barang dapur yang sangat banyak.

“Dah lama tak angkat dumbbell, angkat barang dapur je..#SundayIsFamilyDay,” tulisnya ringkas.

Lantas, gambar yang dikongsi oleh pelakon yang berusia 31 tahun itu menjadi perhatian netizen.

Rata-rata netizen mencemburui tubuh badan Hairul yang kelihatan cukup menjaga penampilan agar sentiasa tampak segak.

Untuk rekod, bintang filem Paskal ini mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hanis Zalikha pada 8 Jun 2015 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Foto: Instagram Hairul Azreen

IKLAN