[GAMBAR] Genap 5 Bulan, Ini Foto Bayi Lelaki Rody & Niena, Adithya Jabbar Yang Mata Bulat, Serius Comel!

Share

Semakin bulat dan comel. Itu yang dapat diungkap apabila menatap foto Adithya Jabbar iaitu permata hati kesayangan gitaris, Rody Kristal dan penjaga gol kebangsaan Niena Azman.

Kini genaplah usia lima bulan bayi comel itu yang semakin membesar dengan sihat dan baik.

Malah, Rody juga berkongsi berita gembira melihat anaknya dalam proses membesar yang dikatakan semakin ‘nakal’.

“Geramnyaa budak baru balik dari ofis nii! Skrg makin nakal.. dah 5 bulan.. anak korang umur cmni nak pakai baju susah tak?

“Ni siap nak meniarap.. pakai pampers pun ikut die meniarap.. Yeay, Adith dh 5 bulan,” tulis Rody.

Memiliki lebih 2,000 pengikut di Instagram, Adithya dilihat bijak beraksi di lensa kamera dengan posing yang comel.

Lalu, netizen memuji kecomelan Adithya yang semakin gebu dan ‘bulat’.

Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin berkahwin dengan Niena pada 27 April 2018.

Niena juga selamat melahirkan Adithya secara normal di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Foto : Instagram Rody/ Adithya Jabar

IKLAN