[GAMBAR] FattZura Kongsi Gambar Di Pantai Venice, Merpati Dua Sejoli Kata Peminat!

Share

Pasangan suami isteri yang cantik sama tampan Fazura dan Fattah Amin kini berada di kota Los Angeles, California.

Baru-baru ini, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin ada berkongsi beberapa keping gambar ketika dia meluangkan masa bersama suaminya di pantai Venice menerusi akaun Instagram.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 35 tahun itu turut menitipkan kata-kata ucapan buat suaminya.

“Precious moments. I’m so happy he’s here with me being my best support system and always being the one who believes in me. I love you. You’re my gem baby. #FazbulousInLA #FattasticInLA,” tulisnya.

Di samping itu, peminat juga turut berasa gembira melihat kemesraan pasangan ini yang kelihatan sangat secocok dan romatis.

Untuk rekod, Fazura telah mendirikan rumah tangga bersama Fattah pada 27 November 2017.

Foto : Instagram Fazura

IKLAN