Uncategorized

[GAMBAR] Farah Nabilah Seronok Bercuti Di Thailand Bersama Ibu, 4 Beradik Lelaki, Seorang Perempuan!

Share

Pelakon, Farah Nabilah ‘mencuri’ masa dari kesibukan bekerja untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Farah kali ini berkesempatan menikmati percutian di Krabi, Thailand bersama ibu, Haslinda Ismail dan adik-beradiknya; terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan.

Momen indah itu dikongsikan pelakon Cik Reen Encik Ngokngek di Instagramnya.

Malah, mereka sepakat mengenakan persalinan berwarna putih dengan berlatarbelakangkan pantai di Krabi.

Dalam pada itu, ibunya, Haslinda turut berkongsi gambar yang melihatkan kegembiraan mereka sekeluarga bermandi-manda di sebuah pulau.

Sementara itu, di ruangan komen, netizen turut gembira melihat kegembiraan keluarga bahagia ini.

Foto : Instagram Farah Nabilah/ Haslinda Ismail

IKLAN