[GAMBAR] Fanatik BTS, Lelaki Ini Rela Ubah Wajah Persis K-Pop! Sama Ke Tak?

Share

Terlalu mengagumi artis K-Pop, seorang jejaka British mengambil keputusan melakukan pembedahan plastik untuk menyerupai idolanya, ahli kumpulan BTS, Jimin.

Oli London membelanjakan lebih RM400,00 melakukan beberapa prosedur di bahagian mata, hidung, mulut, dagu dan sedutan lemak di bahagian perut bagi mencapai impiannya.

Malah sebahagian besar koleksi pakaiannya juga diinspirasikan daripada idola K-Pop termasuk pakaian yang berharga RM37,000 sehelai.

Menurutnya, dia bencikan bahagian hidung yang panjang dan besar, malah masalah jerawat di wajah menyebabkan dia nekad mengubah penampilan.

Biarpun doktor menegaskan sukar untuk memperolehi rahang dan bentuk wajah orang Asia, namun dia berkeras dan bakal melakukan proses mengecilkan bentuk mata.

Menafikan ketagih dengan bedah plastik, Oli mendakwa dia hanya inginkan kesempurnaan.

Foto – Hooked On The Look

IKLAN