Uncategorized

[GAMBAR] “Family of 5 soon!,”- Sabar Menunggu, Diana Nasir Kongsi Detik Debaran Kelahiran Anak Ketiga!

Share

Diana Nasir kini sedang sarat hamil cahaya mata ketiga. Momen indah itu sekali gus menjadikan Diana semakin berdebar.

Kakak kepada Anzalna Nasir itu juga turut berkongsi gambar di akaun Instgramnya bersama keluarga tercinta di Hospital Thomson, Kota Damansara.

Meskipun anak dalam kandungan berusia 37 minggu, namun usahawan itu masih lagi kelihatan cantik dan berseri dengan secalit solekan tipis.

Susulan itu, netizen turut mendoakan agar proses bersalin Diana berjalan lancar dan dipermudahkan.

Diana dan suami, Azwan dikurniakan dua orang cahaya mata kembar iaitu Anggun Darleesa dan Anggun Darleena masing-masing kini berusia 2 tahun 10 bulan.

Apa-apa pun, MH doakan agar segala urusan Diana dan keluarga dipermudahkan.

Foto : Instagram Diana Nasir

 

IKLAN