
Pasangan penyanyi yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, Ernie Zakri dan Syamel telah melangsung majlis resepsi pada Sabtu malam.
Menerusi laman media sosial rasmi Ernie telah memuat naik beberapa keping foto momen majlis resepsi tersebut yang diadakan di Bayswater, KLCC.
![[GAMBAR] Ernie Zakri & Syamel Langsung Majlis Resepsi, Kongsi Foto Indah Bersama Peminat 10 [GAMBAR] Ernie Zakri & Syamel Langsung Majlis Resepsi, Kongsi Foto Indah Bersama Peminat](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2021/04/WhatsApp-Image-2021-04-05-at-2.41.47-PM-1024x770.jpeg)
![[GAMBAR] Ernie Zakri & Syamel Langsung Majlis Resepsi, Kongsi Foto Indah Bersama Peminat 11 [GAMBAR] Ernie Zakri & Syamel Langsung Majlis Resepsi, Kongsi Foto Indah Bersama Peminat](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2021/04/WhatsApp-Image-2021-04-05-at-2.41.48-PM-1024x756.jpeg)
Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri telah mengenakan busana gaun putih kembang ciptaan daripada pereka fesyen terkenal, Amaze.
Manakala Syamel nyata tampak segak mengenakan sut lengkap berona hitam, ciptaan Shanell Harun.
![[GAMBAR] Ernie Zakri & Syamel Langsung Majlis Resepsi, Kongsi Foto Indah Bersama Peminat 13 [GAMBAR] Ernie Zakri & Syamel Langsung Majlis Resepsi, Kongsi Foto Indah Bersama Peminat](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2021/04/WhatsApp-Image-2021-04-05-at-2.41.46-PM-1-1024x797.jpeg)
Majlis resepsi pasangan dua sejoli ini turut dihadiri oleh rakan selebriti terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Hael Husaini, Nabila Razali, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan ramai lagi.
![[GAMBAR] Ernie Zakri & Syamel Langsung Majlis Resepsi, Kongsi Foto Indah Bersama Peminat 15 [GAMBAR] Ernie Zakri & Syamel Langsung Majlis Resepsi, Kongsi Foto Indah Bersama Peminat](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2021/04/WhatsApp-Image-2021-04-05-at-2.41.45-PM-1-1024x995.jpeg)
Imbas kembali, pasangan ini telah sah bergelar suami isteri pada 25 Mac lalu.
![[GAMBAR] Ernie Zakri & Syamel Langsung Majlis Resepsi, Kongsi Foto Indah Bersama Peminat 17 [GAMBAR] Ernie Zakri & Syamel Langsung Majlis Resepsi, Kongsi Foto Indah Bersama Peminat](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2021/04/WhatsApp-Image-2021-04-05-at-2.46.22-PM-839x1024.jpeg)
Foto: Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana memberikannya kesempatan untuk sekali lagi merasai nikmat dikurniakan cahaya mata.
Jelas Siti, dia juga berasa lega kerana segala urusannya saat melahirkan telah pun dipermudahkan.
Malah, bintang berusia 42 tahun ini turut mendedahkan dia dan anaknya kini berada dalam keadaan yang baik.
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)
“Alhamdulillah…Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini ‘anakanda’ saya sudah lahir ke dunia.
“Alhamdulillah..proses melahirkan semalam baik dan lancar, saya dan bayi juga dalam keadaan baik,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Anta Permana itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Siti turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya selama ini.
Katanya lagi, dia juga akan berehat buat sementara waktu bagi menjalani proses berpantang seperti biasa selain mahu memberi fokus yang lebih terhadap kesihatan bayinya itu.
“Terima kasih di atas doa semua pihak selama ini, saya yakin apa jua yang saya lalui ini adalah berkat daripada banyaknya doa kalian. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih.
“Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.
“Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan semoga Siti serta anaknya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Terdahulu, Siti dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu pada 19 April di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Untuk rekod, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah pun melangsungkan perkahwinan mereka pada tanggal 21 Ogos 2006.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia tiga tahun.
Sumber: Instagram CTDK
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pelakon dan usahawan, Datuk Hans Isaac ada menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan hari lahir rakan artis, Zizan Razak yang ke-37 baru-baru ini.
Dikesempatan itu juga, Hans turut dilihat mengimbau semula detik-detik awalnya ketika bertemu dengan Zizan sewaktu dia menjadi pelakon tambahan dalam sebuah drama yang dibintanginya.
Jelas Hans, dia berasa amat berbangga melihat pencapaian yang telah diraih Zizan sepanjang bergelar anak seni.
A post shared by Hans Isaac (@hansisaac)
“Happy Birthday to my bro @zizanrazak869. Masih ingat masa kat Terengganu dulu masa bro jadi extra untuk drama yang saya lakon.
“Saya bangga dengan success bro selama ni. You have come so far and happy for all your success. U deserve it bro,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Baik Punya Cilok itu menerusi entri terkininya di laman Instagram.
Dalam pada itu, Hans juga dilihat sempat mengusik Zizan dengan bertanyakan mengenai soal jodoh.
Katanya lagi, dia berharap agar Zizan tidak mengikut jejak langkahnya yang sehingga kini masih belum mendirikan rumah tangga
“Hanya satu soalan aja saya ada pada bro ……BILA NAK KAHWIN? Jangan lambat macam saya ni bro. Boring duk rumah dgn GF aja ni.
“Eh eh eh ….. GF tu … GOOD FRIEND lah bro jangan ingat lain lain! Hahahhaa. Happy birthday brother,” selorohnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat telatah dua rakan selebriti ini selain turut menitipkan doa agar kedua-duanya segera dipertemukan jodoh.
Sumber: Instagram Hans Isaac
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai pendedahan seorang remaja perempuan yang mendakwa seorang guru lelaki telah membuat jenaka berkaitan isu rogol ketika di dalam kelas.
Pendedahan tersebut nyata menimbulkan kemarahan warga maya yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan guru berkenaan.
Antara yang turut meluahkan rasa kecewa terharap perbuatan terkutuk itu termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Jelas Michael, jenaka mengenai rogol serta gangguan seksual bukanlah sesuatu yang boleh dianggap lucu walau diperingkat umur mana sekali pun.
A post shared by Michael Ang (@michaelang38)
“Salam semua. Whichever TEACHER yang ajar kelas budak ni and buat joke tu, I have one thing nak cakap kat Teacher tu! “Kau dah kenapa gila. Kau graduate dari jamban mana?”.
“Anyway bawah 18 atau atas 18 ke RAPE n SEXUAL HARASSMENT SHOULD NOT AND NEVER SHOULD HAPPEN TO ANYONE GIRL ATAUPUN BOY! Kalau dah sangap naw naw DIY aje atau tengok aje PORN! Apoooooo!
“Luv you all and stay safe! Btw please ban the teacher to ever teach again!,” tulisnya.
Nada kecewa tersebut disuarakan oleh Michael menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Malah, dia juga berharap agar guru tersebut akan dikenakan hukuman yang setimpal diatas perbuatannya itu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pandangan yang sama selain turut berharap agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
“Bagus budak ni berani bersuara. Mohon amik tindakan kat cikgu terbabit,” komen seorang pengguna Instagram.
“Mohon report cikgu tu. Takde adab. This kinda sexual harrasment to students,” tulis individu lain pula.
“That teacher patut kene gantung kerja. Stupid teacher. Omg,” ujar seorang individu.
Sumber: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

