Semalam merupakan hari yang paling menggugupkan kerana calon-calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2017 mengambil keputusan peperiksaan mereka. Tentu sahaja banyak emosi yang kita dapat lihat.
Ada yang gembira, ada yang berduka malah ada juga yang tak kisah janji dah tamatkan zaman persekolahan.
Dalam pada itu, kedengaran juga beberapa artis yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan mereka. MH juga nak ucapkan tahniah kepada para selebriti kerana berjaya melalui satu lagi fasa kehidupan.
Biasalah bila keputusan keluar ni, mesti ramai lah juga yang nak throwback zaman sekolah mereka kan? Yalah, mesti ada yang merindui zaman persekolahan yang sudah ditinggalkan.
Penyanyi dan pelakon, Elyana turut sama tidak ketinggalan untuk ‘throwback’ gambar semasa dia masih bersekolah menerusi laman Instagramnya serta sedikit kata-kata nasihat.
“Kepada adik-adik yang ambil result SPM hari ni, kakak doakan semoga adik-adik dapat keputusan yang cemerlang dan terus berjaya!
“Tapi jika ada diantara kalian yang kurang bernasib baik,jangan terlalu kecewa.Tak semesti nya keputusan yang tidak cemerlang,tidak akan berjaya dalam hidup.
“Masih panjang lagi perjalanan hidup kita, Jadi lah manusia yang baik,rajin berusaha,selalu rendah hati dan sentiasa menyenang kan diri sendiri serta orang lain.Itu lah kunci kejayaan,” tulisnya.
Elyana turut sama berkongsi pengalamannya dan kawan-kawan yang tidak mempunyai keputusan yang begitu cemerlang semasa SPM namun berjaya bangkit dan kini berjaya.
“Ini gambar kakak 14 tahun yang lepas pada tahun 2004.Hari terakhir bersekolah.
“Tidak semua diantara kami dapat keputusan yang cemerlang.Tetapi hari ini, semua diantara kami menjadi orang yang berjaya.
“Ada yang berjaya menjadi ibu dan bapa yang terbaik,anak yang terbaik, pekerja yang terbaik..yang paling penting tidak menyusah kan orang lain.
“Jadi,jangan jadikan alasan keputusan SPM untuk kita tentukan seseorang manusia itu berjaya atau pun tidak.Terus kan usaha selagi hayat masih ada! Tahniah sekali lagi! #SMKSSAAS,” tulisnya.
Comel betul MH lihat gambar Elyana semasa masih bersekolah. Yang bestnya, raut wajah masih sama cuma dahulu wajah Elyana agak ‘baby-face’ tapi kini sudah kelihatan matang.
MH bersetuju dengan apa yang diperkatakan Elyana, jangan jadikan SPM sebagai kayu pengukur kejayaan, jadikan ia satu batu loncatan untuk terus maju ke hadapan.
Sumber: IG Elyana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI