Uncategorized

[Gambar] Dulu Penyanyi Dangdut, Kini Cinta Penelope Cantik Berhijab

Share

Siapa sangka, dahulu Cinta Penelope, 33 tahun merupakan seorang penyanyi dangdut yang seksi kini sudah anggun berhijab. Lebih terserlah kecantikannya setelah menutup aurat.

Tepat detik 12 tengah malam menjelang tahun 2018, Cinta memuat naik gambarnya sebelum dan kini berhijab meminta maaf pada teman-teman sekiranya ada kesilapan yang dilakukannya.

Dalam pada itu, MH juga lihat dia kini banyak menulis perkara-perkara berkaitan keagamaan dan motivasi, mungkin salah satu cara bagi dirinya untuk terus istiqomah dalam berhijab.

Memetik laporan IDN Times, Cinta mengakui tersindir dengan ceramah seorang ustaz membuatkan dia mengambil tindakan tersebut, namun sebenarnya keinginannya untuk menutup aurat sudah lama timbul di dalam hati.

Beruntungnya Cinta apabila hasratnya itu mendapat sokongan daripada ahli keluarganya yang lain. Oleh sebab itu, CInta memilih tarikh 1 Januari 2018 untuk menjadi seorang ‘baru’.

MH memuji sikap Cinta yang mengambil keputusan untuk berhijab ini, dulu dah seksi dan kini dia berubah ke arah yang lebih baik. Syabas!

MH nak juga tahu apa kandungan ceramah ustaz yang membuatkan Cinta terus nak bertudung tu? mana tahu mungkin boleh dijadikan unsur teguran pada masyarakat kita pula kan?

sumber: IDN Times

IKLAN