[GAMBAR] “Done Air Mataku Menitis,” – Majlis Rai Hari Jadi Anak Sulung Turut Dihadiri Jejai, Netizen Puji Keharmonian Famili Fasha Sandha

Share

Pelakon cantik, Fasha Sandha telah pun meraikan sambutan hari jadi anak sulungnya, Putra Rayfal Ramli bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-6.

Lalu, majlis yang disambut meriah di Kizsports & Gym Great Eastern Mall, Ampang itu turut dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.

Menariknya, majlis tersebut juga turut dihadiri bapa Rayfal, Rizal Ashram Ramli atau lebih sinonim dipanggil Jejai. Malah Aidil turut dilihat sama-sama meraikan.

Pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh itu bersama Jejai turut berkongsi beberapa keping foto sekitar sambutan.

Menerusi ruangan komen melalui Instagram Fasha, rata-rata peminat memuji keharmonian keluarga berkenaan meski masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

 

 

Foto: Instagram Fasha Sandha/Rizal Ashram Ramli

 

IKLAN