Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang menyuarakan pandangan mengenai tabiat segelintir pihak yang sering mengeluh mengenai pakaian yang dibeli secara atas talian kerana dikatakan tidak sama seperti apa yang ditunjukkan di dalam iklan.

Menurut Michael, kebanyakkan iklan-iklan pakaian ini hanya menunjukkan sisi cantiknya sahaja dan sebagai pembeli, kita harus bijak menilai.

“Gambar Diorang Model Yang Pakai, Anda Model Ke?,” – Keluhan Bila Baju Raya Tak Sama Macam Iklan, Ini Pandangan Michael Ang “Gambar Diorang Model Yang Pakai, Anda Model Ke?,” – Keluhan Bila Baju Raya Tak Sama Macam Iklan, Ini Pandangan Michael Ang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Sudah-sudah la post cakap beli baju raya online tak seperti apa diiklankan. Anda kena ingat, gambar diorang model yang pakai. Anda model ke?

“Kedua, anda semua beli ikut apa yang anda semua fikir akan muat. Material pun korang tengok dekat gambar je. Semua benda lepas ambil gambar dan kena touch up cantik la,” tulisnya.

Pandangan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu Cinta Dan Propa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik pada Selasa.

Dalam pada itu, Michael turut merasakan cara terbaik untuk membeli pakaian baharu adalah dengan mencuba dan merasai sendiri agar ianya dapat memenuhi kepuasan.

IKLAN

“Gambar Diorang Model Yang Pakai, Anda Model Ke?,” – Keluhan Bila Baju Raya Tak Sama Macam Iklan, Ini Pandangan Michael Ang “Gambar Diorang Model Yang Pakai, Anda Model Ke?,” – Keluhan Bila Baju Raya Tak Sama Macam Iklan, Ini Pandangan Michael Ang “Gambar Diorang Model Yang Pakai, Anda Model Ke?,” – Keluhan Bila Baju Raya Tak Sama Macam Iklan, Ini Pandangan Michael Ang

“Nama pun iklan. Saya masih lagi rasa kalau beli baju ni kena cuba pakai dan rasa material baru beli. Kalau beli online tu, terimalah apa yang dapat dan tukar balik kalau tak puas hati. Tak payah nak kutuk-kutuk.

“Melainkanlah kalau baju sampai tu kotor atau bukan apa yang anda order. La la la mesti aku akan kena kutuk. Bring it on,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama dan berharap agar tabiat seperti ini dapat dihentikan.

IKLAN

“Betul sangat. Lebuh baik walk in sahaja di butik. Lagi puas hati.

“Memang kena tanggung risiko sendiri kalau nak beli barang onlne ni.

“Setuju. I nak beli baju kena pegang. Baru puas hati. Kalau beli online terima sahaja dengan reda.

“Setuju. Sebab tu jarang beli online melainkan mental dah ready untuk apa juga kemungkinan. Berani ambil risiko.

IKLAN

“Ukur baju di badan sendiri. Kalau beli online kena rajin-rajin tengok feedback. Alhamdulillah apa yang saya beli online semuanya puas hati,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Gambar Diorang Model Yang Pakai, Anda Model Ke?,” – Keluhan Bila Baju Raya Tak Sama Macam Iklan, Ini Pandangan Michael Ang “Gambar Diorang Model Yang Pakai, Anda Model Ke?,” – Keluhan Bila Baju Raya Tak Sama Macam Iklan, Ini Pandangan Michael Ang “Gambar Diorang Model Yang Pakai, Anda Model Ke?,” – Keluhan Bila Baju Raya Tak Sama Macam Iklan, Ini Pandangan Michael Ang

Hasil pemerhatian MH, isu-isu melibatkan pembelian pakaian secara atas talian ini sering kali terjadi bila menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Sebagai pengguna, kita mempunyai pilihan untuk berbelanja secara atas talian ataupun kedai-kedai fizikal.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Michael Ang

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI