Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang menyuarakan pandangan mengenai tabiat segelintir pihak yang sering mengeluh mengenai pakaian yang dibeli secara atas talian kerana dikatakan tidak sama seperti apa yang ditunjukkan di dalam iklan.
Menurut Michael, kebanyakkan iklan-iklan pakaian ini hanya menunjukkan sisi cantiknya sahaja dan sebagai pembeli, kita harus bijak menilai.
“Sudah-sudah la post cakap beli baju raya online tak seperti apa diiklankan. Anda kena ingat, gambar diorang model yang pakai. Anda model ke?
“Kedua, anda semua beli ikut apa yang anda semua fikir akan muat. Material pun korang tengok dekat gambar je. Semua benda lepas ambil gambar dan kena touch up cantik la,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu Cinta Dan Propa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik pada Selasa.
Dalam pada itu, Michael turut merasakan cara terbaik untuk membeli pakaian baharu adalah dengan mencuba dan merasai sendiri agar ianya dapat memenuhi kepuasan.
Ads
“Nama pun iklan. Saya masih lagi rasa kalau beli baju ni kena cuba pakai dan rasa material baru beli. Kalau beli online tu, terimalah apa yang dapat dan tukar balik kalau tak puas hati. Tak payah nak kutuk-kutuk.
“Melainkanlah kalau baju sampai tu kotor atau bukan apa yang anda order. La la la mesti aku akan kena kutuk. Bring it on,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama dan berharap agar tabiat seperti ini dapat dihentikan.
Ads
“Betul sangat. Lebuh baik walk in sahaja di butik. Lagi puas hati.
“Memang kena tanggung risiko sendiri kalau nak beli barang onlne ni.
“Setuju. I nak beli baju kena pegang. Baru puas hati. Kalau beli online terima sahaja dengan reda.
“Setuju. Sebab tu jarang beli online melainkan mental dah ready untuk apa juga kemungkinan. Berani ambil risiko.
Ads
“Ukur baju di badan sendiri. Kalau beli online kena rajin-rajin tengok feedback. Alhamdulillah apa yang saya beli online semuanya puas hati,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Hasil pemerhatian MH, isu-isu melibatkan pembelian pakaian secara atas talian ini sering kali terjadi bila menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Sebagai pengguna, kita mempunyai pilihan untuk berbelanja secara atas talian ataupun kedai-kedai fizikal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman mengulas mengenai sejauh mana perhubungannya dengan pelakon baharu, Shakira Stephen, 26.
Menurut Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 37, mereka memang berkawan baik dan mengenali bintang baru berkenaan sudah lama.
“Kami memang rapat sebagai kawan, untuk pergi makan-makan, ‘hang out’ dan luah perasaan.
“Kami kawan dan kenal masa dia menyertai program On Air kendalian Pak Nil (Datuk Aznil). Selepas itu itu, kami ‘lost contact’, dan baru-baru ini jumpa balik.
”Saya terkejut juga baca artikel keluar di media,” katanya.
Terdahulu, Zoey ditemui pada Majlis Iftar Hotel Tenera Bersama Media yang bertemakan Balik Kampung, di sini, pada Selasa.
Ditanya jika Shakira adalah jodohnya apatah lagi selepas melalui banyak siri ‘teman tapi mesra’ bersama beberapa selebriti wanita, menurut Zoey juga pengasas produk Mika Series, dia tidak menolak.
“Kalau dia jodoh saya, saya terima seadanya. Dia wanita yang baik, jujur dan sopan santun. Saya okay kalau memang ada jodoh. Kalau tak jadi nanti, orang cakap lain pula sebab itu selalu bertukar-tukar.
“Hingga ada yang komen saya ‘buaya’. Saya bukan ‘buaya’. Saya lelaki baik. Wanita di luar sana jangan takut berkawan dengan saya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Komposer, penulis lirik dan penyanyi, Ed Sheeran menang kes saman akta hak cipta lagu Shape of You yang didakwa memplagiat lagu Oh Why nyanyian Sami Chokri atau nama pentasnya, Sami Switch.
Sami yang merupakan seorang artis muzik elektronik mendakwa yang cengkok bait lirik dan muzik ‘Oh I’ dalam lagu Shape of You sangat mirip dengan cengkok bait dan lirik ‘Oh Why’ di dalam lagu yang dihasilkannya bersama Ross O’Donoghue.
Komposer lagu Shape of You mengambil tindakan undang-undang pada 2018 selepas royalti lagu itu dibekukan apabila Sami dan Ross meminta Performing Rights Society (PRS) menambah mereka pada kredit sebagai penulis bersama.
Setelah hampir 4 tahun berlalu, kes ini akhirnya selesai apabila Mahkamah Tinggi memutuskan yang kedua-dua lagu tersebut tidak sama. Hakim, Anthony Zacaroli menyatakan Ed Sheeran tidak meniru secara sengaja mahupun di bawah sedar seperti yang didakwa Sami.
Sejurus kemenangan berpihak kepadanya, penyanyi berusia 31 tahun ini memuat naik sebuah video di Instagram. Menerusi video tersebut dia menyatakan perasaan lega dan juga kekecewaannya terhadap isu tersebut.
“Ia benar-benar merosakkan industri penulisan lagu. Terdapat begitu banyak nota dan sangat sedikit kord yang digunakan dalam muzik pop, kebetulan pasti akan berlaku jika 60,000 lagu dikeluarkan setiap hari di Spotify. Itu 22 juta lagu setahun dan hanya ada 12 nota yang tersedia,” ujarnya.
Menurutnya lagi, dakwaan seperti ini telah menjadi kebiasaan kerana ada sesetengah pihak berpendapat yang menyelesaikan kes di luar mahkamah adalah lebih murah berbanding membawanya ke muka pengadilan.
Lagu Shape of You merupakan lagu dengan jualan tertinggi pada tahun 2017 di UK dan merupakan lagu paling banyak distrim oleh pendengar di Spotify sehingga kini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu kepada pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim menempelak muzik video single anaknya, Kelepak Kelepuk Raya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Menerusi video pendek yang dikongsi di Instagram, Rozita atau turut mesra disapa sebagai Bonda Rozita, mengingatkan anaknya yang berstatus bapa itu mengenai perasaan malu.
Terdahulu, video teaser muzik video lagu berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen.
Rata-ratanya kurang senang terhadap penampilan penari lelaki bersongkok yang menari dalam muzik video tersebut dengan mengenakan pakaian yang kurang bersesuaian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...