Bekas penyampai Suria FM, Tyzo tampil memberikan reaksi balasnya terhadap kenyataan Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG), Datuk Dr. Mohd Aminuddin Mohd Raus yang mengatakan rating segmen Suria Petang jatuh meski dia sukses meraih trofi di Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH35).

Menurut Tyzo, mengapa kesalahan tersebut diletakkan di bahunya sahaja sedangkan program berkenaan dikendalikan oleh dua penyampai.

“Saya kerja sorang sahaja ke? Saya kerja berdua. Kalau saya tidak disambung kontrak, sepatutnya Kak Sharifah Shahirah pun sama,” soalnya.

Pada masa sama, Tyzo turut mempertikaikan strategi Suria untuk menaikkan rating pendengar.

“Setiap stesen radio akan menjadikan program pagi atau petang sebagai keutamaan mereka. Kebiasaannya program pagi.

“Kebanyakkan poster pun yang paling besar mesti gambar penyampai pagi. Lebih-lebih lagi di Suria dulu ada penyampai seperti Ajak, Shuib dan Suraya.

“Namun, kalau anda lihat pada poster-poster (Suria FM) yang memaparkan semua penyampai, gambar siapa paling besar dan diletakkan di posisi tengah?

“Tak pernah ada orang yang pertikaikan. Sedangkan beliau kerja program malam.
Gambar Dj Lin yang ada di situ,” katanya pada sidang media tergempar pada Jumaat.

Katanya lagi, penyampai-penyampai daripada kalangan selebriti ini sepatutnya diberikan keutamaan kerana kehadiran mereka sememangnya untuk menarik pendengar.

“Tak pernah ada stesen radio di Malaysia yang mengetengahkan penyampai malam sebagai keutamaan.

“Gambar dia paling besar tapi gambar penyampai selebriti pula yang diletakkan di tepi. Saya bukan nak mendengki.

“Saya kena ingatkan yang ini adalah stesen radio dan siapakah yang sepatutnya diletakkan sebagai penyampai utama?

“Kenapa stesen radio ambil selebriti sebagai penyampai? Sebab nak naikkan rating tapi kenapa gambar orang lain diketengahkan. Mungkin dia lupa dan ingat ni carta organisasi syarikat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Tyzo juga akui terkilan dengan layanan yang diberikan oleh beberapa pihak di Suria FM selepas dia ditamatkan kontrak.

“Sebelum ini, kalau ada penyampai yang berhenti, dah masuk dua minggu hingga sebulan pun tidak dikeluarkan lagi daripada grup Whatsapp. Saya belum keluar dari Menara Star, saya terus dikeluarkan.

“Jj yang keluarkan saya. Saya ni penjenayah ke? Saya membunuh ke? Ketika nak undurkan diri, saya ada bagitahu yang saya tak nak adakah majlis perpisahan. Sudah tentu saya sedih.

“Bayangkan perasaan saya bila saya ditamatkan kontrak pada hari Khamis, Dj Lin buat makan-makan pada staf pada hari Jumaat. Adakah anda suka dengan pemergian saya?

“Hari Isnin pun masak lagi. Sebagai GM, dia patut fikir perasaan saya yang sedang berusaha cari rezeki. Sebelah malam pula dia berjoget di live Tik Tok. Seronok ke bila saya tiada?,” soalnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI