[GAMBAR] Di Balik Tabir Filem Ikonik, Titanic Memang Mega…Dah Lebih 20 Tahun Usianya!

Share

Bila bercakap mengenai filem Titanic yang sudah pasti semua mengenali filem yang paling epik dan mencipta fenomena perfileman suatu ketika dahulu.

Kisah percintaan Jack dan Rose di dalam filem Titanic ini mungkin tak akan dilupakan walaupun filem ini sudah mencecah usia 22 tahun.

Mula ditayangkan pada tahun 1997, filem ini masih lagi mekar dalam ingatan para penonton.

Di laman media sosial facebook GraphicsPedia, telah berkongsi beberapa keping gambar di sebalik tabir ketika pembikinan filem Titanic ini.

Filem Titanic ini telah dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang hebat seperti Leonardo DiCaprio, Kate Winslet, Billy Zane, Frances Fisher dan ramai lagi.

Untuk menghasilkan sebuah filem yang berdasarkan cerita sebenar bukanlah suatu perkara yang mudah.

Oleh itu filem Titanic arahan James Cameron ini telah membelanjakan kos yang amat tinggi untuk menghasilkan filem paling epik ini.

Sumber : Facebook GraphicsPedia

IKLAN