[GAMBAR] Datuk Kepada Neelofa Telah Pergi Mengadap Ilahi Sekitar Jam 11.20 Malam Tadi, Al-Fatihah

Share

Datuk kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Noor Mohamed, telah menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 11.20 malam tadi di sebuah hospital di Kota bharu, Kelantan.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 83 tahun.

Terdahulu, menerusi kenyataan media dari pihak pengurusannya, Allahyarham yang mesra disapa dengan panggilan ‘abah’ di kalangan ahli keluarga hos program MeleTop itu akan dibawa pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan dan dijangka dikebumikan pagi ini.

Malah menerusi Insta Stories, Neelofa turut menzahirkan rasa terhadap pemergiaan datuknya ke Rahmatullah dengan penuh rasa cinta.

“Allah menjemput Noor Mohamed bersama dengan hari wafatnya Rasulullah kekasih Allah, Nabi Muhammad,”tulis Lofa.

Sebelum ini, Neelofa turut memuat naik mengenai tahap kesihatan datuknya yang kian merosot di media sosial sambil menitipkan shahadah dan berzikir.

Sama sama kita doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

 

Foto: Instagram Neelofa

IKLAN