[GAMBAR] Datin Rebecca Sambut Hari Jadi Anak, Ramai Pula Rakan Artis Yang Hadir. Meriah Habis!

Share

Pelakon dan usahwan, Datin Rebecca Nur Al-Islam telah menyambut ulang tahun kelahiran anak keenamnya, Ahmet Reaggan yang kini sudah genap setahun.

Majlis sambutan yang bertemakan warna biru lembut itu kelihatan sangat ringkas dan bersederhana.

Walaupun disambut secara bersederhana, majlis sambutan hari jadi tersebut tetap meriah dan ceria disamping dihadiri oleh rakan artis yang lain.

Antara rakan artis yang turut hadir ke majlis tersebut Datin Zizie Izette, Lisdawati, Memey Suhaiza dan Norman Hakim.

Dalam pada itu, peminat juga memuji sikap Rebecca yang menjaga hubungan baik sesama rakan artis yang lain.

Untuk rekod, Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.

Pasangan ini mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 2 dan Nor Ahmet Al-Reaggan, 1.

Di samping itu, Rebecca memilik dua orang anak angkat bernama Nor Adam Daniel, 10 dan Nor Aurora Riana Norazam, 8 bulan.

Foto : Instagram Memey Suhaiza, Datin Zizie Izette

IKLAN