[GAMBAR] Datin Rebecca Nur Al-Islam Perkenalkan ‘Cahaya Mata Baru’, Nor Aurora Riana Norazam. Mulianya Hati…

Share

Awal hari ini, Rebecca Nur Al-Islam ada berkongsi sekeping foto dirinya bergambar dengan seorang bayi perempuan comel menerusi Instagram.

Bayi yang diberi nama Nor Aurora Riana Norazam itu dipanggil sebagai ‘anak anugerah’ apabila ditanya peminat mengenai status bayi yang didukungnya itu.

“Memperkenalkan kepada dunia, seorang lagi anak perempuan saya. Nor Aurora Riana Norazam.

“Semoga Allah SWT memberikan Mummy mendidik Aurora hingga ke jannah. Semoga Aurora sentiasa sihat dan bijak belajar nak.

“All your brother and sister waiting for you nak,” tulisnya.

Sementara di ruangan komen, rata-ratanta memuji sifat mulia Rebecca yang sudi menjaga bayi berkenaan selain mengharapkan yang terbaik buat si kecil itu.

Untuk rekod, Rebecca yang pernah bergelar pelakon dan pengacara tidak lama dulu itu sudah mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 2 dan Nor Ahmet Al-Reaggan selain seorang anak angkat lelaki, Nor Adam Daniel, 10.

Rebecca mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.

Foto: Instagram Rebecca Nur Al Islam

IKLAN