[GAMBAR] Datin Hajah Fouziah Gous Tampil Berjubah Biru, Berbuka Dengan Anak Yatim, Heliza Helmi Kata ‘Cantiknya Bidadari!’

Share

Datin Hajah Nor Fouziah Mohd Gous atau nama komersialnya, Fouziah Gous bersama suami Dato’ Haji Md Zhafran Md Yusof ada berkongsi beberapa foto yang merakamkan mereka sekeluarganya berbuka puasa bersama team bisnes serta anak-anak yatim.

Tampil dalam persalinan jubah labuh rona biru cair sedondon sama anak, penampilan pelakon dan pengacara ini nyata menjadi tumpuan para pengikutnya di Instagram.

Malah, perkongsiannya berkenaan dengan anak-anak yatim turut membuka mata ramai, sementelah dia turut berkongsi mengenai kisah berkongsi rezeki.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya turut memuji usaha murni yang dilakukan Fouziah dan berdoa agar mereka sekeluarga turut dimurahkan rezeki bagi membantu golongan memerlukan.

Foto: Instagram Fouziah Gous

IKLAN